Tab-ung Samsung Tab

Beberapa menjak ni handphone asyik buat hal. Tak faham betul kenapa saya ada masalah dengan peralatan elektronik. Handphone yang dipakai kini adalah SE C510. Suami belikan bulan 8 tahun 2009. So baru pakai dalam 1 tahun 5 bulan kan.

Waktu tu handphone saya memang dah gila-gila. Jadi bila dah dapat pengganti, saya berikan handphone pada mak saya. Kebetulan handphone dia pula memang ajal dah tiba. Itupun handphone saya yang lama saya juga.

Tapi yang peliknya, sampai sekarang mak masih lagi boleh guna handphone saya yang ‘masuk air’ tu. Hebat betul mak saya tu. Huhuhu.

Mungkin juga sebenarnya penyakit handphone saya tak seberapa. Cuma seboleh-bolehnya saya cuba justify nafsu nak beli handphone baru. Mula-mula berkenanlah pada blackberry. Kena pula Arin pun baru beli BB waktu tu. Dah janji dengan Lara juga. Wah, konon-konon bolehlah BBM bersama-sama.

Bila saya pergi ke rumah Nora, cuba-cuba pula iPhone yang Afeeq guna. Sebelum ini saya fikirkan iPhone tu fragile sangat. Rupaya kalau Afeeq yang umur 2 tahun pun boleh guna, takkan nenek berusia 30 tahun ni tak pandai jaga kan? Heheh.

Jadi berubahlah minat nak beli iPhone pula.

Selepas tu berborak-borak dengan Mona, dia cakap dia guna Samsung S. Lebih baik dari iPhone katanya. Apps pun banyak juga. Rasa macam dah kena racun sikit-sikit. Oh bisa, bisa.

Tak cukup dengan itu, suami saya pula cerita kehebatan Samsung Tab. 3 kali saiz iPhone dan 1/2 saiz iPad. Sesuai untuk membaca. Saya pula tak banyak guna telefon untuk bercakap. Lebih banyak guna untuk mobile browsing dan juga guna aplikasi dan SMS. Kak Kamariah pun tambah garam dan gula serta perisa.

Aduh aduh aduh.

Tapi saya suka membaca dan browse. Kalau ada kindle kat Malaysia kan best?

Namun apakan daya. Saya baru nak berniaga. Modal nak guna banyak. Mana nak cekau duit beli semua tu kan? Kenalah pilih satu yang betul-betul worth value of money.Paling-paling pun semua ini bernilai lebih kurang RM1500.

Nak kenen-kenen suami rasanya dia sudah kebal kali ini. Lebih-lebih lagi dengan peristiwa air tumpah pada Macbook tempoh hari, sudahlah Macbook tu pun dia yang belikan. Mungkin tidak.

Satu cadangan dari beliau, juallah besi buruk tepi rumah tu untuk tambah wang. Cadangan diutarakan 2 hari lepas. Tengok-tengok hari ini ada pembeli besi buruk datang bertandang.

Wah sekarang duit tabungan sudah ada RM28. Yay!, kena cari RM1472 SAHAJA lagi.

Mungkin esok saya jual pucuk ubi depan rumah pula. Hahaha.

3 thoughts on “Tab-ung Samsung Tab

  1. mmg mcm best semua tu kan..
    mcm aku ni lagi la.. dah keje bidang mobile industry nih..
    teruja je bila tgk brg2 tu semua.. kalau aku develop apps utk bende2 tu, ada gak la reason nak beli kan..
    skang dlm tgn ada 3 phone… tp ada 1 je pun yg pakai… semua cap nokia je..
    merasa pakai testing phone je la kat opis.. atau tumpang2 member punya.. saja nak usik2 ke.. ehhehe..
    aku target nak beli notebook baru je kalau ada bonus thn ni.. gadget2 tu, mmg aa ikut nafsu semua nak kan.. tp aku nak tunggu harga dia betul2 turun or kalau dah terpaksa nak pakai br la beli.. keinginan je tu, bukan keperluan..
    btw, macbook best ke?

    • best gila. kalau dah pakai macbook tamau dah pakai windows based punya komputer. ahaha.

      :))

      dulu-dulu aku pakai ibook masa kerja kat maktab. pastu tak merasa le. tapi kat rumah ada macmini. Cuma slow amat tak larat den nak guna.

      Nasib la baik macbook ni masih lagi nak berfungsi. Kalau tak menangis mata darah pun tak guna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s