Rajin adik rajin

Buku Tulisan PASTI

Sawda dan buku sekolahnya

Minggu ini anak-anak sudah mula bawa balik kerja sekolah. Jadi bertambah satu lagi perkara dalam jadual waktu harian mereka. Awalnya saya agak risau, bagaimana nak pastikan mereka luangkan masa buat kerja sekolah. Al maklum, sebelum ni pun jarang-jarang ada masa khusus untuk ‘belajar’.

Di rumah saya, sesi pembelajaran berlaku secara tidak formal. Never a classroom style. Entahlah, memang terbiasa dari dulu.

Mata pelajaran Al-Quran

Namun apabila dah bersekolah kerajaan ni, mahu tak mahu kerja sekolah diberi guru perlu juga disiapkan. Saya tak sanggup Umar didenda di sekolah hanya kerana saya tak ambil perhatian.

Jadi jadual anak-anak dihari persekolahan ada tambahan. Bererti masa saya Online pun berkurang.😛

Selepas balik sekolah fasa pertama (Hamzah dan Sawda), mereka mandi dan minum susu. Kalau lapar saya berilah lunch dahulu.

Sawda berlatih menulis

Sawda buat garisan

Kemudian jam 1.30 petang, kami keluar jemput Umar pula. Umar lebih mudah untuk diuruskan. Sampai rumah, mandi, solat dan makan.

Jam 3.30 petang tutup TV buat kerja sekolah. Selesai buat kerja sekolah, masa untuk rehat-rehat sehinggalah malam menjelang.

Buat kerja sekolah rajin-rajin ya sayang

Buat kerja sekolah rajin-rajin ya sayang

So far it works. Sebab kerja sekolahnya baru sedikit. Setakat tulis Alif, Ba, Ta sampai Ya apalah sangat ecewah?

Hai esok-esok kalau setiap subjek dah ada homework, tak tahulah bagaimana pula keadaannya.

Oh kalau tengok gambar hanya ada dua orang sahaja yang buat kerja kan? Mana pergi seorang lagi?

Main CarTown

Main CarTown tak habis-habis

Inilah Hamzah. Sangat berbezakan dengan Sawda. Tapi saya tidak berapa kisah. Setiap anak individu berlainan. Kena tackle lain-lain juga la kan?

Tapi kalau maknya dah menyinga, semua pun kena sekali harung la nampaknya.

5 thoughts on “Rajin adik rajin

  1. ashraf buat homework kat kedai dah…hehehehehehe

    sejak aku duk kedai sampai ptg, dia kene buat homework kat kedai…aku balik dah petang, kadang2 malam dah penat…

    haritue dia buat kerja umah kat atas tilam sebelum tdo….eheheehe

  2. Nurin kena siapkan homework lepas balik sekolah agama jam 3.30ptg. kena make sure siap sebelum adik2 sampai rumah. Kalau tak alamat lah ‘gegar’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s