Universiti Mana Pilihan Lepasan SPM 2010?

Budak-budak lepas SPM sedang sibuk nak isi borang UPU. Hmm, saya pun begitu juga 13 tahun yang lalu.

Ah sudah tua rupanya.

Sewaktu itu, saya tidak yakin akan keputusan yang bakal saya terima. Tahun itu juga, kami masih lagi boleh pilih 5 kursus di Universiti pilihan. Selepas itu baru dimulakan program matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebenarnya, saya ingin sekali mengambil kursus TESL. Cikgu English memang menjadi idola semasa di sekolah dahulu. Pada saya, mereka sangat cool. Hehe. Bercita-cita ni nak pergi ke luar negara. Aduh syok nya!

Namun, tahun 1998 tahun yang agak malang bagi ekonomi negara. Jadi, pelajar jurusan Sains tidak dibenarkan mengambil jurusan bukan Sains. Sedih.

Maka terpaksalah dipendam perasaan sahaja.

Pilihan lain adalah Matrikulasi USM. Tapi punyalah bijak saya pilih kursus 2 tahun untuk pilihan pertama dan setahun untuk pilihan kedua. Bukankah sepatutnya pilihan pertama adalah pilihan yang terbaik? Mungkin belum matang betul waktu itu. Separuh masak.

Tapi rezeki Allah yang beri. Saya dapat aggregate 11 dan ditawarkan kursus Matrikulasi setahun di Kolej MARA Kulim. Pelajar yang lebih baik buat di USM. Tidak mengapalah kan. Terbanglah saya dari Melaka ke Kluang ke Kulim pula.

Semasa menjalani Matrikulasi, kami perlu mengisi borang untuk memilih jurusan di USM nanti. Sekali lagi saya buat perangai separuh masak. Mahu jadi Pharmacist. Tapi subjek kimia agak tidak memberangsangkan. Kejuruteraan memang bukan minat. Mahu ambil kedoktoran, tidak layak pula. Jadi antara pilihan yang dibuat adalah sains komputer, perguruan, pengurusan, dan farmasi. Tetapi farmasi tidak diletak sebagai pilihan awal padahal itulah kursus yang agak elit juga.

Kan dah kata, tak masak-masak lagi.

Habis belajar dengan keputusan sangat cemerlang. 4 subjek, setiap satu subjek satu gred berlainan. Ayah agak marah. Dialog biasa pun keluar.

“Kau rendam sijil lepas tu kau minum.”

Matrikulasi memang tahun honeymoon. Lebih honeymoon dari selepas kahwin. Waktu itu rasa bebas sebebas-bebasnya. Lepas kahwin mana ada bebas. banyak tangungjawab dan amanah dan hati perlu dijaga.šŸ˜‰

Tidak diduga saya dapat jurusan Sains Komputer. Hari pertama masuk makmal duduk disebelah Adilah. Orang tak ada komputer dirumah, agak cuak juga. Bila pensyarah suruh ON komputer, tak tahu nak tekan mana.

Memang haru. Kena pula guna Linux. Lagilah gelabah jadinya.

Hahaha, memang kelakar bila diingatkan.

Fast forward, 3 tahun berlalu pantas. Saya gradute dengan keputusan yang baik. Kali ini betul-betul punya. Semasa konvokesyen hati sangat berbunga-bunga. Wah lepas ni dapat la aku kerja di Bank Rimau (scholar). Pejabat besar dan gaji mewah juga.

Dalam pada itu, pensyarah saya mengajak saya bekerja dengannya. Boleh juga buat Master katanya. Hmm, dilema saya jadinya.

Namun, itu bukan jalan hidup saya. Allah tunjuki jalan lain pula. 6 bulan selepas Konvo saya pun bernikah. Bank Rimau kemana, Masters ke mana.

Fast forward lagi, 2 majikan, 3 anak, 4 tempat kerja, 8 tahun kemudian, disinilah saya.

Tidak pernah terjangkau dek akal saya akan bekerja dengan anak-anak kecil. Tapi berbaloi, sangat berbaloi.

Lebih berbaloi apabila baca mesej dari ibu seperti ini;

Shanez Eran: hakim dah join eh….replace tempat faiq…šŸ™‚ wawa, faiq asyik dok sebut nak pegi sekolah teacher lawa…huhu!

Jadi adik-adik sekalian, ada degree bagus sekali, apatah lagi jika bergelar Dr. Belajarlah kamu hingga ke Negeri China. Tuntutlah ilmu dimana jua. Jangan hadkan di Universiti sahaja.

Saya petik dari blog genta-rasa (Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

Marilah kita belajar di ā€œuniversiti kehidupanā€ dengan gugusan kisah dan rencah peristiwa sebagai teks kuliah yang tidak bernoktah. Kita amat-amati nasihat dari ā€œguru pengalamanā€ yang bersyarah tanpa suara dan kata.

7 thoughts on “Universiti Mana Pilihan Lepasan SPM 2010?

  1. nama aku kah disebut2?
    apesal aku tak ingat pun… ahhahahaha… serius aku dah byk lupa..
    aku kenal ko mcm mana pun aku lupa masa kat kmk.. nampak sgt kepala duk sumbat info mcm apa je.. sampai memori pun skang byk dah kene defrag..

    tp aku kan baik ngan semua org, so sama la kita kan kan kan… sama2 lepak dlm lab projek final… ekekek

    result aku, leh aa tahan.. ahaha dpt CS tu terer la jugak..

    keje dah 8 thn 4 bulan, 3 syarikat, 3 anak…. in future tak tau lagi la…
    target aku jd programmer 10 thn je.. pastu tgk2 la.. hihi..

    • kau la tu sapa lagi. aku rasa aku dok sebelah kau pun pasal aku kenal kau la kot dari KMK.

      Aku kan MPP hehhe. LOL.

      Kadang2 rindu dengan zaman study. tapi masa study dulu bukan main sibuk nak abiskan belajar cepat-cepat.

      10 tahun eh, tinggal 1 tahun 8 bulan je lagi. Apa plan beb?

  2. mmg la ko mpp.. tp aku ni siapa la yg kenal kan.. ahahahha…
    aku selalu ingat2 lupa.. maybe sbb onelan pun mpp, so aku selalu jumpa set2 mpp la kut time buat projek PBL yg english tu…
    lg satu, aku naqibah ko ke.. ekekekke…

    tp satu jek la.. kita kat kmk mmg rapat sampai abih usm kan.. semangat kmk betul.. aku leh masuk semua geng pun sbb ada org2 dr kmk dlm geng tu…
    yg pasti masa aku buat projek final ngan ahlam, selalu gak lepak kat hostel korang kan..

    plan tgk kpd keadaan semasa… hihi.. skang ni kasi si kecik besar dulu, settle dulu bende2 yg patut… u know what i mean.. haha

    • kau dorm atas sana tu kan, tak ingat la namanya. aku pun tak ingat kenapa aku selalu gak gi dorm kau.

      ahaha miss pulak KMK borak-borak gini. KMK mmg honeymoon habis.

      Eh kau naqibah aku ya? huhu mungkin jugak pasal tu aku baik ngan kau.
      So amacam, jom buat usrah online.

  3. Addie has internet search engine scripts looking for her name everywhere, and it sends an SMS alert whenever she is mentioned.

    Bwah hah hah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s