A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out

I am so happy this week and it is only Thursday.

🙂

Al-kisah ada beberapa tahun dahulu, ada berlaku salah faham. Kononnya saya terambil barang yang hilang. Habis rosak satu persahabatan. Malangnya saya memang tak perasan. Bertahun-tahun perasaan disimpan. Kalau ikan agaknya dah jadi pekasam. Bila dah tahu apa nak buat. Damage is done, nak explain pun tak diterima alasan. Tapi kini dah OK. Mungkin kuasa Tuhan, banyak jalan yang dilorongkan.

Alkisahnya lagi, 7 bulan dahulu saya telah tersalah cakap dengan seorang kawan yang saya sangat suka dan sayang. Tapi malangnya saya tak perasan pun kesilapan saya tu. Cuma bila terasa seperti ada kejauhan baru saya terasa. Rupa-rupanya dia jauh hati dengan saya. Aduh, sedihnya tak terkata. Tapi apakan daya. Minta maaflah sahaja jalannya.

Namun sekarang sudah ok. Bila berbual pun dah tak rasa kekok. Suka suka suka.

Kemudian beberapa bulan selepas itu ada seorang lagi terasa dengan saya. Sekali lagi saya tak tahu kenapa. Cuma bilah dah tahu, apa lagi nak kata. Berdoa banyak-banyak supaya terjalin silaturrahim semula. Nampaknya Allah makbulkan doa saya. Baru semalam dia menegur saya. Pun tiada kekok juga. Suka suka suka.

Awal minggu lalu ada orang bertanyakan mengenai saya dan seorang yang rapat dengan saya. Ada apa-apa masalah ke? Oh terperanjat rasanya. Setahu saya tak ada. Tapi tak tahu la pula. Cuma agak yakin yang saya memang tak ada buat salah. Fikir punya fikir macamana nak buat? Nak tanya siapa? Kalau tanya pihak ketiga mungkin panjang pula cerita, jadi apa kata kita tanya terus empunya badan. Rupanya memang tak ada apa-apa. Syukur Alhamdulillah leganya rasa. Almaklum saya ni kurang deria rasa. :))

Kawan-kawan, kalau saya terbuat salah, mohon dimaklum pada saya segera. Kadang-kadang terkasar bahasa, tersilap bicara. Niat dihati bergurau dan bercerita. Janganlah cuma menjeruk rasa. Tolong saya ya, baiki diri jadi rakan berguna.

Dan kalau saya terkasar bicara, inilah doa saya,

Dua for someone you have spoken badly to:
O Allah,whomever of the believers I have abused,give him the reward of a
sacrificial slaughter for it on the Day of Resurrection.

اللهُمَّ فأَيُّمَا مُؤْمِنٍ سَبَبْتُهُ فَاجْعَلْ ذَلِكَ لهُ قُرْبةً إليكَ يَوْمَ القِيَامةِ

Allaahumma fa’ayyumaa mu’minin sababtuhu faj’al zaalika lahu qurbatan ilayka yawmal-qiyaamati.

Terima kasih in advance!

2 thoughts on “A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out

  1. Suka suka suka. baguslah air yang keruh dah kembali jernih. Alhamdulillah.
    Apa pun thanks sharing tentang buku ayat2 lazim. Nurin sangat suka. Ibu & ayah pun boleh tumpang tambah ilmu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s