Cara menambah pahala

Macam-macam cara Allah nak bagi pahala. Dari sebesar-besar ujian sehinggalah sekecil-kecil dugaan.

Terima sahajalah dengan redha.

Semalam Sawda tidak kesekolah. Dia memang agak tidak sihat dari kelmarin. Suara dah serak-serak basah. Bila bangun pagi tengok badan pun dedar. Tapi disebabkan saya ada discussion dengan business partner, mahu tak mahu kenalah keluar rumah juga. Terdetik juga dihati, “Kenapalah Sawda selalu sakit semasa saya ada temujanji?” Cepat-cepat istigfar.

Ke situ pula saya nih.

Akhirnya saya ambil keputusan bawa dia bersama. Lagipun discussion di Perpustakaan Awam Melaka. Bolehlah duduk di ruangan kanak-kanak. Mesti Sawda suka.

Pakai tudung sekolah PASTI

BIla dah besar jangan pakai tudung dengan leggings ya.

Balik dirumah, Hamzah pun tiba. Begnya berat rupanya dibawa balik buku sekolah yang baru diterima. Ada juga dua pasang baju sekolah Sawda. Sukanya dia. Seharian pakai tudung kemana-mana. Hatta nak tidur petang pun, tudung masih dikepala.

Lain pula ceritanya Umar. Mula-mula namanya tak ada dalam senarai nak dapat buku latihan. Terpaksa saya telefon sekolah, kerana resit tak ada salinan. Bila dah dapat, bukunya tak cukup. Senarai asal tak ada pula. Jadi tak tahu berapa sep[atutnya terima.

Kemudian abahnya tidak ambilkan samping sekolah. Sepatutnya masa pendaftaran dah boleh dapat. Hari selasa dah telefon lagi guru kelasnya. Ya, sayalah ibu yang paling kerap telefon sekolah. Huhu. Itu tidak termasuk nota untuk cikgu.

Cikgu kata semalam dia akan semakkan. Tapi kasihan, MC pula dia. Iyalah, cikgu pun manusia juga. Semoga cepat sembuhya cikgu.

Jadi esok Umar ke sekolah tanpa samping. Jangan nanti guru besar tanya sudahlah. Guru Besar sekolah Umar biasa tunggu depan pintu pagar sekolah. Huhu.

Tak tahulah siapa yang bermasalah, tapi yang pasti macam-macam cara menambah pahala?

Ya Allah, jadikan saya hamba-Mu yang redha dan tabah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s