Origami 8 langkah ambil masa 14 jam

Esok ada playgroup. Jadi setiap jumaat memang hari yang agak sibuk sedikit bagi saya sekeluarga. Sedari pagi lagi saya sudah memulakan persiapan terutamanya untuk kraf.

Selepas hantar Umar ke sekolah, jam 7.20 pagi saya dah mula menggunting. Origami shirt, ya, itulah kraf untuk esok. Jam 8.25 pagi (5 minit sebelum sekolah Hamzah dan Sawda bermula) baru saya selesai.

Kononnya mahu selesaikan segalanya sewaktu anak-anak di sekolah. Tapi masa memang berlalu dengan pantas sungguh. Tup tup dah tiba masa jemput Sawda dan Hamzah pulang.

Huhu.

Hari ni juga suami saya sangat bertimbang rasa. Dia yang jemput anak-anak, siap belikan lunch. w00t.

Apabila anak-anak dah pulang, mulalah rutin biasa. Agaknya anak nak membesar, kerja saya menyuapkan makan sahaja dari tengahari sampai ke maghrib. Agaknya lupa baca bismillah.😛

Makan nasi, makan roti, makan buah, makan koko crunch tak berhenti-henti. Tapi besarnya tidak juga, memanjang sahaja sampai mak panggil kaki anak-anak saya roti john.

Tie Origami

Selepas maghrib saya perlu juga selesaikan tali leher origami saya. Kalau tidak memang kelam kabut la esok nanti jadinya.

Cuma perlu buat 20 pasang. Origami 8 langkah sahaja tapi tak sudah-sudah dari terbit matahari sampai la ke 10 malam.

Pasting for kids

Mana nak sudah, anak-anak syok menggunting dan menampal kertas warna, tambah sana tambah sini, last-last jadi topeng singa (atau apa pun yang dipanggil pun tak mengapa). Bermacam-macam idea budak-budak nih. Minimum supervision boleh jadi macam ni. Gara-gara banyak tengok artzooka dan fingertips.

Lion Mask

Hai, beginilah kehidupan bekerja dari rumah.  Yang mudah pun ambil banyak masa. Jadi jangan kata duduk rumah tak ada kerja ya.

2 thoughts on “Origami 8 langkah ambil masa 14 jam

  1. ini wawa kawan kak arin ke? suka la blog ni. kenapa tak pernah perasan ye. padehal dah lama ‘like’ brainy young caliph tu kat facebook. cerita dlm blog ni pendek-pendek tak boring & cara penulisan selamba tapi xpayah nak guna byk shortform2 yg tak difahami. byk religous reference tapi xpayah berbunyi mcm know-it-all atau preaching. sangat jujur.

    best! definitely masuk must-read blog list🙂

    • oh syigim, thanks. dulu blog ni guna blogspot. sekarang baru guna domain se3ndiri. anyway thanks untuk komen yang sangat jujur. hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s