Pendidikan Seks Di Sekolah Tidak Akan Merendahkan Kadar Kelahiran Anak Luar Nikah

Saya baru terbaca satu laporan mengenai kadar kelahiran anak oleh remaja lebih tinggi di US (baca: luar nikah) berbanding Eropah Barat.

Sedih memikirkan isu ini. Remaja dan nafsu. Bak kata Imam Muda Asyraff, bila sebut remaja isunya mesti mengenai nafsu. Kenapa ya? Kenapa sukar mengekang nafsu?

Awal minggu ini Arin (ya, arin lagi) ada bercerita dengan saya tentang dua peristiwa berbeza tetapi berkisarkan kisah nafsu nafsi ini.

Tunggu dia blog tapi tak buat lagi. Mungkin sibuk agaknya.

Kisah pertama mengenai anak remaja yang sudah high agaknya hampir-hampir nak ‘melakukannya’ di kawasan belakang rumah jiran Arin  jika dia tidak menyergah mereka.

Aduh, sedihnya. Belakang rumah orang yang tidak berkunci pun boleh jadi.

Kisah kedua lebih sadis. Saya tak tahu bagaimana nak ceritakannya tanpa rasa sedih dan takut bercampur-campur.

Seorang kanak-kanak perempuan tahun satu telah cuba di’cabul’ oleh pelajar-pelajar tahun 1 juga. Saya tuliskan di’cabul’ kerana mungkin mereka tak tahu pun perkara itu salah.

Tetapi, perbuatan untuk cuba menanggalkan seluar, memegang peha, badan dan anu pelajar itu. Dalam nota yang saya baca, ada juga cerita mengenai pelajar lelaki bertanya samada pelajar perempuan itu sukakan salah seorang pelajar yang terlibat. Jika tidak suka, pelajar yang bergelar ketua itu boleh cari makwe lain.

Aduh aduh aduh.

Astagfirullah.

Kebetulan seorang pelajar perempuan lain nampak dan apabila dia mengugut memberitahu cikgu, kanak-kanak lelaki ini pun lari balik ke kelas.

Peristiwa selanjutnya saya tak pasti, tapi kalai mengikut cerita itu, ibu pelajar lelaki sudah diberitahu.

Jadi, cuba beritahu bagaimana pendidikan seks akan membantu untuk menghentikan kegilaan ini? Bagaimanakah keadaan keluarga pelajar-pelajar ini?

Risau sungguh saya. Risau kerana saya juga punya anak-anak yang sudah keluar bersekolah. Masa beberapa jam disekolah itu kita tidak dapat pastikan keselamatannya. Bahkan kita yang dirumah pun belum tentu selamat juga.

Pendidikan seks tidak akan membawa kesan apa-apa. Baca semula link laporan di atas sana.

Experts say teen births can be lower when:

  • Teens have less sex.
  • Teens use contraception correctly and often

Pendidikan seks di sekolah memang akan memberi pengetahuan dan maklumat kepada pelajar-pelajar, apa yang berlaku kepada perubahan badan manusia, batasan aurat, kesan gejala buang bayi, dan lain-lain lagi. Tapi remaja zaman sekarang bukannya tak tahu. Tapi lebih kepada nafsu dan mahu.

They know they aren’t suppose to be having sex at all if they aren’t legally married. What? Pakai kawalan kehamilan? Kondom? Pills?

Bercakap tentang contraceptive (condoms etc). Cuba pergi ke 7-11 misalnya, kondom dijual di kaunter terang-terangan. Yang membelinya pun buknnya tahu malu sangat. Apalah sangat setakat malu kepada cashier di kaunter kalau dengan Allah pun tidak tahu malu.

Balik kepada persoalan, bagaimanakah cara hendak menghentikan segala kegilaan ini?

Islam telah menerangkan pelbagai perkara.

Islam menerangkan mengenai Taqwa (takut kepada Allah).

Islam mengajar kita mengenai solat sebagai benteng utama.

Islam menerangkan mengenai berpuasa (sebagai pengekang nafsu).

Islam mengajar tentang keperluan memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan pada usia 7 tahun.

Jadi apa lagi yang perlu susah-susah? Mantapkan pendidikan Islam di sekolah. Bukan setakat satu atau dua masa seminggu. Sebab itu akan keluar dialog,

hari ni tak ada Agama, esok baru ada.

Saya juga suka dengan silibus tarbiah yang diitulis di blog anakkusoleh. Sangat menarik. Boleh juga digunapakai dirumah kalau di sekolah tidak diberi penekanan. Inilah masanya nak practice homeschool anak-anak kan?

Saya sering pesan anak-anak, alat sulit itu rahsia, baik dari kawan lelaki, mahupun kawan perempuan. Atau pakcik, makcik, jiran. Jaga-jaga juga dengan guru dan juga pemandu bas/van. Jika ibu atau abah pun sampai satu tahap tidak boleh pegang-pegang. Kadang-kadang anak-anak tak tahu perkara itu, disangka perbuatan itu perbuatan  biasa walaupun dihati tidak suka dan tidak rela.

Kalau bermain dengan kawan perempuan jangan sentuh-sentuh. Kalau bergurau pun tidak boleh kena mana-mana bahagian badan. In ipun penting, sebab dalam tv tengok selamba je perempuan lelaki peluk sana peluk sini. Kalau tak diingatkan berkali-kali, mungkin itu disangka norma dan normal.

Kalau bermain dengan kawan lelaki pula, jangan bergaduh. Kalau marah sangat tak pun boleh pukul mana-mana bahagian badan. Ini lagi penting. Kalau tak mula-mula cuit kawan, lepas tu pukul sikit, kemudian tumbuk badan, lepas tu tikam-tikam. Astagfirullah menakutkan.

Buat ibu bapa ada sesetengah perkara memang diluar kawalan kita. Apa boleh buat lagi, berdoa banyak-banyak sahaja. Semoga dilindungi kita dan keluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s