Nasi Ayam Bogel

Tadi siang sempat lari ke pasar sekejap beli barang basah. Punyalah malas, sampai saya minta pekedai tu siang ikan, kerat ketam dan potong ayam siap-siap. Ada kemudahan, mestilah digunakan.

Tanya anak-anak apa yang hendak dimakan waktu lunch. Hamzah seperti biasa nasi ayam. Umar pula biasanya tak susah sangat. Dia akan tanya apa yang ada. Kalau tak ada berkenan ditekak, dia tak makan.

Jadi hari ini masak nasi ayam la kita. Hari tu arin masak, kemudian kat blog syigim pun ada juga. Masakan antarabangsa. Tapi nasi saya Nasi ayam bogel namanya, sebab tak ada sayur, tak ada ayam goreng, tak ada cili. Mudah banget. 20 minit sebelum Hamzah balik sekolah baru bersilat masuk dapur, kemudian biarkkan je mendidih sementara saya keluar. Balik-balik sup dah siap. Eh, kalau tak ada orang jaga rumah jangan buat tau. Nanti sup kemana, rumah pula tak ada.

Suami saya memang tak makan ayam. Nanti hilang kebal (lawak sahaja), anak-anak suka makan sup dan ayam dan nasi sahaja. Saya pula bila dah masak tak lalu nak makan. Itulah rahsia kurus selain memberi susu badan.

Haha.

Tak payah la nak cerita resepi nasi ayamnya. Rata-rata dah ada. Buat malu je.

Sekarang mereka dan makan, perut kenyang, badan pula dah sedap sebab balik sekolah terus mandi. Apalagi, masing-masing membongkang kerjanya.

Saya pula tengah tahan mata, nak jemput Umar jam 2.

Anda semua bagaimana pula? Sempat lagi ni nak lelap mata sebelum masuk semula ke tempat kerja. Jangan sampai terlajak tak masuk meeting pula tau.

🙂

4 thoughts on “Nasi Ayam Bogel

  1. I pun selalu pg kedai dok suruh diaorg siang segala bagai. Daging tu siap suruh diaorg hiris2 lagi smp org tu tanya akak tak nak suruh kitaorg masakkan sekali ke hahahaha

    • u tak tanya dia, nak suruh u cilikan sekali mulut tu ke tak? ahahhaa. tapi mmg convenient la beb. balik dah takyah siang bagai semua kan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s