Baguskah Naik Kelas?

Umar beritahu tadi yang dia sudah bertukar kelas. Dari kelas Uthman masuk kelas Abu Bakar. Untuk pengetahuan, kelas Abu Bakar tu kelas pertama dari 3 kelas.

Rupanya semasa minggu pertama persekolahan, sekolah ada buat ujian diagnostik. Saya sempat menyemak kertas Umar. Boleh tahan juga, cuma bahasa Arab agak merisaukan. Lebih-lebih lagi saya baru sedar yang kebanyakan subjek di sekolah Umar menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Saya fikirkan dia cuma akan belajar bahasa Arab sebagai bahasa ketiga sahaja. Aduh, teruknya saya nih.

Bagi sesetengah ibubapa, anak dapat masuk kelas pertama itu sangat membanggakan. Antara topik yang diperkatakan bila ibubapa berjumpa rakan-rakan yang mempunyai anak yang sebaya adalah anak masuk kelas mana. Ibubapa mana yang tak bangga? Saya pun suka juga.

Tetapi kedudukan kelas itu bukan segalanya.

Yang penting adalah Umar boleh belajar dengan selesa mengikut kemampuan dirinya. Dalam kelas ‘budak pandai’, cikgu-cikgu ada expectation yang tinggi. Ajar cepat dapat, result mesti gempak. Tetapi dalam kelas yang sama, mesti ada pelajar yang lebih pandai dan ada pelajar yang lemah sedikit. Takut yang lemah itu anak saya, dan takut juga akhirnya dia tertinggal pula.

Oleh itu saya beritahu kepada Umar, kalau cikgu ajar cepat sangat dan umar tak faham, tolong beritahu cikgu. Tolong maklumkan dan tolonglah minta bantuan. Kalau tidak faham dan diam-diam sahaja, Umar akan terus-terusan ketinggalan.

Umar ada bertanya kepada saya,

“kalau Umar turun kelas nanti macamana?”

Jawapan saya mudah sahaja.

Umar kena cuba dan berusaha. Cikgu akan sentiasa buat ujian untuk tengok kemampuan dan kefahaman umar tentang apa yang umar belajar. Kalau Umar turun kelas, mak tak marah. Mungkin itu yang terbaik buat masa itu. Tapi pada setiap masa, kita kena belajar dan belajar dan yang penting, faham apa yang kita belajar.

Sudah tentu ayat yang saya guna ayat yang mudah sahaja.🙂

Saya faham, adakala potensi perlu digilap. Anak perlu didorong dan diberi motivasi sentiasa. Jadi, dengan masuk ke kelas ‘budak pandai’, dia akan bergaul dan bersaing dengan rakan-rakan yang ‘pandai’ juga. Secara tidak langsung, dia akan termotivasi juga. Bila cikgu boleh ajar dengan cepat, banyak  perkara baru yang boleh dipelajari. Tidak timbul masalah bosan kerana adakala anak-anak cepat bosan bila belajar benda yang sudah diketahui.

Apapun, prinsip saya, mendorong anak ini seperti bermain layang-layang.

Semasa hendak naikkan layang-layang, kita lepaskan tali perlahan-lahan. Tapi ada masa, kita kena tahan tali supaya tidak pula ditiup angin pergi kemana-mana hala. Tapi kita tidak boleh pegang tali kuat-kuat, takut putus pula. Sewaktu bermain kena cari tempat yang sesuai, supaya tidak tersangkat dipokok dan supaya layang-layang boleh naik melayang diudara.

Anda pula bagaimana?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s