Syabas Syarikat Air

Dalam rumah kami memang semuanya nak mudah. Tak ada orang yang nak susah. Jadi dalam beberapa tahun sudah, kami beli water dispenser yang ada panas dan sejuk tu. Air pula beli je dari syarikat pembekal air. Suami saya tak suka water filter sebab nak kena basuh-basuh filter tu. Lagipun saya pun malas nak tadah air masak dan juga simpan dalam fridge.

Oleh kerana air tu kita guna hari-hari, maka dah pastilah kami jadi pelanggan setia syarikat pembekal air ni kan. Sekali satu haritu mereka tutup kedai. Kelam kabut cari syarikat baru. Alhamdulillah, timing elok je. Dapat satu syarikat bumiputera.

Cekap betul syarikat ni. Tempah guna sms je. Pagi tempah tengahari dah sampai. Best betul.

Tapi itu dalam 2 tahun lepas.Dalam 2 bulan kebelakangan ni, kalau SMS pun tak ada confirmation reply. Kemudian, kalau order hari ini, esok dah nak malam baru dapat. Kalau kena time salah budget air tu, ada sampai tercekik tak minum. (yeah, melebih-lebih je saya nih).

Jadi kali ni rasa macam nak kena beritahu mereka la supaya tingkat servis. Yelah kan. Kita ni pelanggan setia. Dah tu menyokong syarikat awak dari mula.

Sekali petang tadi mereka pun tiba. Tak sempat nak sound, macam tahu-tahu sahaja, dia bawa promosi baik punya.

Water Filter Alfu Syifa'

Ada percubaan filter luar rumah selama seminggu. Lepas seminggu mereka datang buka. Kalau nak boleh order. Harga pelangan setia boleh tahan juga. Siap ada ansuran bulanan yang sangat berpatutan. Separuh harga air kami beli bulan-bulan. Yang paling istimewa dan tak pernah terfikir pula oleh saya, ada juga pakej guna percuma.

Caranya, bayar dulu sekian harga, kemudia company akan bagi backdated cheque untuk 10 bulan. Maknanya mereka rolling dulu duit tu, selepas tempoh 10 bulan. pelanggan dapat semula duit mereka. Filter pula jadi hakmilik sepenuhnya.

Hmm, impressed.

Alfu Syifa Water Brochure

Kalau untuk filter dalam rumah pula, pun ada skim ansuran. Tanpa deposit tanpa interest. Gabung harga keduanya, cuma tambah dalam beberapa ringgit sahaja dari perbelanjaan bulanan kami. Oh, yang paling menarik filter ni tak payah basuh-basuh. Tukar je. Ok. ringan sikit kerja.

Menarik. Tapi masih lagi nak kena bincang dengan encik suami. Kalau tidak nanti akan keluar bunyi,

“Eh, tak bagitau saya pun.”

Hu hu takutnya jadi isteri derhaka. Lagipun nanti-nanti duit beliau juga yang saya nak guna bayar bil kan?

Anyway, point saya ialah syarikat air ini ada marketing plan yang agak baik juga. Dan betullah tekaan saya, memang ia semakin maju dan banyak pelanggan, sebab itu tak cukup tangan.

Saya doakan semoga syarikat Muslim ini terus maju dan maju kehadapan.

Syabas yaa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s