ADUN Merlimau Meninggal Dunia?

Hari ini badan tak sihat sedikit. Selesema, dan kepala pun bengang dek kerana selsema. Bagai nak tercabut hidung dan kering betul tekak jadinya. Itulah tandanya kita ni hamba Allah yang lemah. Semalam sihat, tiba-tiba boleh rebah.

Bercakap pasal kesihatan, hari ini group Warga Merlimau di facebook meriah sedikit. Bukan pasal apa tetapi masing-masing nak tahu benarkah YB Hidhir, ADUN Merlimau telah meninggal dunia? Ada yang kata masih di ICU di Hospital Putra dan sedang kritikal, ada juga yang kata berita itu benar.

Dalam KeadilanDaily ada,  bahkan Utusan pun dah update berita Online. Kalau benar, takziah saya ucapkan kepada keluarga beliau. Jika masih sedang dihospital, saya doakan supaya cepat sembuh.

(update: Kelakar la konon Utusan ni, tadi siap keluar berita EC akan keluarkan kenyataan mengenai penamaan PRK, alih-alih sekarang dah keluar berita lain. Don’t play play, nanti kena saman. )

Oleh kerana saya tinggal di Merlimau, ada beberapa kali juga terserempak dengan beliau. Masa pelancaran Smart Reader Puan Rashidah, semasa kenduri kahwin, semasa nak cari kereta baru hritu pun terjumpa juga di kedai kereta. Dekat jugalah di mata.

Apapun, kalau benar seperti diberitakan, sibuk la nanti Merlimau beberapa minggu akan datang. Sibuk dengan pilihanraya kecil nampaknya. Belum pun Tenang sudah nak kena kerja di Melaka pula.

Sebelum saya lupa, takziah juga kepada Kak Norita Surern yang telah kehilangan bonda tercinta pada pagi ini. Semoga roh bonda beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang terpilih.

Pada kawan-kawan, sudah banyak berlaku dihadapan mata, orang yang sihat jatuh sakit, ada juga yang sihat tiba-tiba terus meninggal dunia. Yang sakit bertahun-tahun itu tidak pula apa-apa. Jadi persiapkan diri kita semua. Supaya tidaklah kita terkapai-kapai di sana,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s