Blackberry Cheesecake

Orang kata jangan membeli-belah semasa perut lapar, tapi semalam saya kenyang masa saya buat keputusan ganti handphone. Sort of impulse buying, tapi dah lama fikir juga cuma bukanlah bercadang nak beli semalam.

Apapun damaged done to the pocket. Saya harap ia membawa lebih banyak kebaikan kepada saya dan perniagaan. Cumanya sekarang no sudah bertukar pula. Mula-mula nak port nombor celcom kepada Maxis tapi sebab BB nya dapat esok, maka malas nak tunggu-tunggu.

Saya dah kaji beberapa plan yang ada. Celcom boleh tahan juga pelan BISnya tapi entahlah, macam saya tak berapa sukalah dengan Celcom. Dahulu pun saya pengguna Maxis yang gembira cuma saya tukar kerana selepas beberapa tahun guna, tidak ada pula loyalty program atau apa-apa.

Sebelum buat keputusan beli di Maxis, saya pergu juga ke Celcom di Melaka Raya. Tak faham kenapa servisnya teruk sekali. Macam tak mau bagi orang beli pun iya juga. Pelik betul. Dah la dulu ada Blue Cube di Dataran Pahlawan, alih-alih dah tutup. Sesak betul tengok sales agent berkeliaran diluar centre tu.

Tapi di Maxis lain sekali. Walaupun salesmannya blur-blur, tapi sekurang-kurangnya dia nak layan juga la kita. Kemudian lepas beli dan dapat BB semua dah siap tersedia. Siap ada sorang budak comel tukang explain segala-gala. Nak ke PIN dia? Hehehe.

Blackberry Bold 9780

Saya beli Blackberry Bold 9780. Ingatkan nak beli Curve sahaja. Tapi ada pula yang racun kata Bold ni ada camera 5MP dan siap ada flash. Saya memang suka blog on the go, dah lama tak buat macam tu sebab guna SE c510 kameranya Sucks Big Time.

Semalam sempat jugalah godek-godek Samsung Tab. Memang cool tapi macam ada yang tak kena dengan jiwa. Entahlah, lagipun letih nak jaga, plus touch screen tu saya agak risau sikit.Almaklum, makcik ramai anak, takut-takut tiba-tiba keluar entry skrin pecah pula.

Ipad memang tak ada dalam senarai nak beli, jadi settle jelah dengan Bold. Macam tak fahan juga kenapa orang suka sangat blackberry ni. Rupanya, WOHOO memang simple dan nampak boring, tapi bila dah dapat, powerful jugalah.

So sekarang bolehlah ber BBM dan online 24-7. So syok nya. Beberapa aplikasi yang perlu ada adalah facebook, youtube, gtalk, ym, ubertwitter, munch screen, wordpress for blackberry, oh banyak lagilah.

Jangan lupa update no phone saya ya kawan-kawan (dan pelanggan) 012 603 1421 serta ini PIN saya: 235e2160.

Ok, nak sambung godek lagi, Belum tukar theme lagi.

8 thoughts on “Blackberry Cheesecake

    • so far it works and i love it except that there was once that it had gone kaput. got a 606 error message and when i googled, it turned out that it happened if you use browser excessively. dunno what it means anyway.

      so i had to reinstall the OS, and it works again. except that i’ve lost the contact numbers since i did notdo any backup.

      the pictures qualities are great, so does the video.

      btw, i love your blog layout.

      • hahaha… thank you… it took me a while to get the blog layout… are u using maxis or celcom plan? how long did it take for the blackberry plan to take into effect. I’m with celcom btw.

      • well, it was worth waiting (your blog i mean).

        i am using maxis plan. i have a celcom plan too but to port the number to new provider will take a day and i can;t wait so i just registered new number.

        BIS on new number can be used immediately. However i am quite qorry since i have yet to pay any BIS payment after 2 months using it. Am not sure why haven’t got the bill on BIS yet.

      • Maybe the line is free especially for you, therefore u didn’t receive the bill…😛

        I did read somewhere that some did not receive the bill until 2 months later… probably they’re backlogged since so many people are taking line with maxis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s