Pentingkah ada ruang pejabat sendiri?

Sebelum ini, saya tidak merasakan kepentingan ruang kerja sendiri. Duduk bekerja dirumah bererti saya boleh bekerja dimana-mana.

Oh baru saya sedar betapa silapnya saya. Semalam saya mengemas bilik dan pejabat saya. Kebetulan pula saya perlu buat major renovation untuk estore BYC. Jadi seharian juga duduk dalam office. Diketika itulah baru saya tahu kelebihannya.

Antara kelebihan mempunyai ruang bekerja tetap dan khusus adalah seperti berikut:

1. Dapat membezakan antara waktu bekerja dan waktu personal. Anak pun tahu waktu ibu bekerja tak boleh ganggu dan kita sebagai WAHM pun lebih mudah menguruskan masa.

2. Dokumen lebih tersusun dan terjaga.
Tidak ada masalah tiba-tiba presentation dan artwork dijadikan kapal terbang atau bot oleh anak. Dapat juga mengurangkan risiko hilang aplikasi atau dokumen dalam komputer.

3. Lebih “professional looking” dan kita juga lebih fokus apabila berada dalam mode bekerja di suasana pejabat yang kita cipta.

Apapun, pejabat tidaklah bermaksud kita perlu beli peralatan pejabat atau renovate rumah sehingga jadi terlalu rigid pula. Buat permulaan cukuplah sekadar memenuhi keperluan dan tambahlah perkakasan dari masa ke semasa.

Anda juga boleh mencipta gaya yang anda suka. Ada yang gemarkan gaya professional, ada yang mahu gaya santai. Terpulanglah yang penting anda selesa dan bisnes atau pekerjaan dapat dijalankan.

Oh hari ini hari cuti bawa anak melawat bonda selepas penat bekerja seharian semalam. Nasib baik ada kerusi ergonomik Tuan DuaLogam.

Jadi, selamat mengapresiasikan diri dengan ruang pejabat anda.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s