Membuka akaun Poslaju.

Hari ni punch card awal-awal pagi. Banyak tempat nak dituju, masih lagi tak sempat nak selesaikan semua. Tak apa, esok lusa boleh lagi.

pejabat poslaju melaka

Antara tempat yang dituju adalah Pejabat Poslaju Melaka yang berlokasi di Jalan Tun Fatimah, Bacang. Alamat penuh tak pasti pula sebab tadi guna GPS yang pastinya ia berkongsi compound dengan Proton.

Memandangkan bisnes BYC semakin lama semakin berkembang, saya kira perlu memikirkan strategi pengeposan barangan yang lebih efektif. Sekarang ini proses pembungkusan dan pengeposan agak kelam kabut juga. Salah satu cara memperbaikinya adalah dengan melengkapkan barangan untuk dipos dari rumah.

Bagi pemilik perniagaan, membuka akaun dengan POSLAJU mungkin membantu. Jika syarikat enterprise, cuma perlu dokuman SSM (3 helai dokumen), cop syarikat (tadi saya tak bawa pula), IC pemilik dan juga bayaran sebanyak RM100.00.

Setelah segalanya selesai, permohonan dan dokumen kita akan dihantar ke HQ POS Malaysia di KL. Jika segalanya lengkap, dalam masa 2-4 hari akaun anda akan dicipta.

Bagi mereka yang mempunyai akaun POSLAJU, berikut adalah kelebihan dan faedahnya.

1. Mendapat sampul plastik POSLAJU mengikut keperluan. Yeay, tak perlulah berbungkus-bungkusan teruk-teruk lagi. Untuk pengetahuan, susah nak dapat plastik POSLAJU ni. Limited. Kalau di Merlimau, memang gerenti tak ada.

2. Parcel anda akan di ‘pick-up’ dari lokasi pejabat/operasi oleh POSLAJU. Malangnya tiada perkhidmatan pick-up bagi kawasan Merlimau. Jadi terpaksalah saya hantar sendiri ke Pejabat Pos.

3. Bayaran secara bulanan, jadi mudah untuk track perbelanjaan kos operasi anda.

4. Dokumen dan bungkusan anda adalah Pos berinsuran. Selamat la sikit kot.

Jadi insya Allah, pemprosesan pesanan BYC akan menjadi lebih mudah, pantas dan efektif. Harap-harap dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan.

🙂

17 thoughts on “Membuka akaun Poslaju.

  1. salam kak, nk tanye, akak kene wat payment rm100 tu cash, bank in @ cek? sbb kat PPL KL kne wat cek rm500.. trus ilang semangat nk bukak akaun..😦

  2. Rm100 tu cash kot. Tak pasti pulak sebab tak sampai nak bayar tadi pasalnya tak bawa cop. Tapi rm100 tu sure. Agaknya co. Mira sdn. Bhd ke? Kalau enterprise rm100 je katanya.

    • tak murah tapi sekurang-kurangnya tak perlu bergegas ke pejabat pos untuk hantar bungkusan, dapatplastik percuma serta boleh budget kos penghantaran kerana bayaran dibuat hujung bulan (jika ada). Cuma tempat saya tak ada khidmat pengambilan kerana duduk di kampung, Maka kena jugalah hantar ke pejabat pos.

  3. salam, akak, nk tnya..klu sy bt bisnes on9 tp kt umh jer..slalu gne pos laju htr brg..tp x dftr kt ssm..cm ner yerk..

  4. online shop sy dah berdaftar dgn ssm,tetapi secara online je..apa 3 jenis dokumen pendaftaran ssm tu ye? cop syarikat tu mcm mane pulak? kena buat cop sendiri ke mcm mana?

    • selepas daftar dengan SSM ada tak dokumen kena print untuk simpanan kita? Yang itulagh. Cop syarikat tu just nama syarikat, dengan no ssm dan alamat. Kita buat sendiri je biasanya.

    • Dia akan tengok area rumah/opis dulu. Kalau aea yang mereka tak pickup, then ken hantar post office terdekat. Kalau area yg masuk, satu pun bole

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s