No mountain to high, no flood too deep

Dalam seminggu ni saya banyak tengok channel berita, al-jazeera dan sewaktu dengannya. Konflik yang melanda Mesir sekarang ini agak hebat juga keadaannya. Di Tunisia tidak pula terasa sangat bahangnya.

Dari blog yang menceritakan nasib pelajar malaysia di mesir (tak ingat url), ada banyak dimaklumkan mengenai situasi disitu. Paling ngeri bila baca facebook screenshot tentang cerita (read: tidak pasti kesahihannya) pelajar wanita Malaysia yang dirogol. Aduhn sedihnya jika ia benar-benar berlaku sedemikian.

Saya tiada rakan disana. Tapi rasanya kalau tidak silap, ada anak kenalan yang belajar di Mesir. Tidak pasti pula samada sudah pulang atau masih stranded disana. Saya lihat situasi ini dari dua perspektif.

1. Ia satu pengalaman yang tidak dapat dimana-mana. Siapa yang merasainya secara first-hand experience akan bisa mengentalkan jiwa dan semangatnya (jika berjaya survive).

2. Ia juga pengalaman yang menimbulkan trauma. Terputus hubungan dan tidak tahu keadaan masa hadapan amat menakutkan.

Dalam hati kecil risau juga kalau-kalau ia menular ke Malaysia. Bukan apa, kadang-kadang dalam keadaan sedemikian, ada perkara-perkara yang diluar kawalan.

Apapun, saya doakan supaya semuanya selamat, dipelihara Allah dan dipermudahkan cara.

Oh doa ini juga dipanjangkan kepada rakan-rakan yang kediaman mereka dilanda banjir. Rakan-rakan di angkasanuri yang air naik lagi buay sekian kalinya, di asahan, selandar dan diseluruh Malaysia.

Syukur pada Allah saya diberikan kelapangan fikiran dan ketenangan jiwa dari masalah-masalah sebegini. Moga ujian ini menjadi penguat iman kepada yang mereka yang diuji dan kepada saya, supaya menjadi peringatan agar terus bersyukur atas nikmat yang tidak terkira.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s