Salam Jumaat

Salam Jumaat, diam tak diam dah jumaat lagi kan? Masa berlalu dengan sangat pantas.

Cuaca agak panas sesuai untuk membasuh pakaian. Minggu ni awal-awal dah basuh kasut Umar. Takut terlupa lagi macam minggu lepas.

Hari cuti begini sesuai juga dibawa anak-anak lelaki bersolat Jumaat. Kalau tak dilatih dari sekarang, esok-esok liat jangan disalahkan anak pula. Pesanan penaja untuk dirinya sendiri.

sawda dalam telekung kanak-kanak

Hari jumaat yang mulia ini saya sedang memperbaharui niat dan juga objektif diri supaya jadi muslimah yang solehah, isteri penyejuk jiwa suami serta ibu yang penyabar.

Lebih banyak kita berdoa, saya kira lebih banyak ujian diberi oleg Allah. Afterall, ujiankan bertujuan mengukur sejauh mana pencapaian kita. Kalau lepas ujian, barulah kita tahu sabar kita ditahap mana, betapa sejuknya suami memandang kita dan solehah atau tidak kita ini. Sesuai dengan doa yang dipanjatkan tadi.

Tidak mengapalah bersusah sedikit sekarang supaya kurang dihisab di sana, untung nasib dapat melalui titian sirat sepantas kilat dan dapat buku amalan dari sebelah kanan. Itulah impian saya, insya Allah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s