Hari tiada sales

Jika hendak menguatkan iman dan percaya kepada Qada’ dan Qadar, berniaga adalah caranya. At least kepada saya.

Bila dah berniaga sendiri, ada kala timbul juga rasa hampa dan kecewa kerana modal sudah dilabur, usaha sudah ditabur, bekerja sepenuh jiwa, sampai tidur pun tak lena namun tiada jualan dapat diraih, untung apatah lagi. Mulalah diri berkata-kata seorang diri, dimana silapnya, kenapa tak berjaya menarik pelanggan?

Akan tetapi, ada masanya saya langsung tidak bekerja, contohnya pada hari-hari sibuk menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak, tiba-tiba order masuk bertimpa-timpa, SMS pula berlumba-lumba, telefon berdering-dering, itu tandanya ka-ching ka-ching.

Tidak seperti semasa makan gaji dahulu, gaji ditetapkan begini-begini. Jobscope pula begitu-begitu. Masuk kerja jam sekian, balik pula sekian-sekian. Kalau tak cukup jam bekerja, ada kemungkinan makan gaji buta, kalau kerja lebih masa dikira timbal balik waktu makan pagi, lambat masuk tengahari dan juga waktu shopping jumaat 🙂 Apapun yang dibuat, insya Allah gaji masuk tidak terlewat, jadual setahun sudah dibuat.

Apapun, percayalah rezeki kita memang datangnya dari Allah. Usaha perlu ada, tetapi yakinlah juga bahawa Allah menentukan samada hendak memberikan hasil atau tidak kepada setiap usaha kita.

Banyak atau sedikit, ada atau tiada semuanya Allah punya kerja.

Advertisements

4 thoughts on “Hari tiada sales

    • effa, start je kecil kecilan. kalau tak start memang la takkan berkembang kan. 🙂 hmm apa barang yang boleh dijual dari sababah bah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s