Saya tidak mahu anda buat kerana saya pernah buat

Pernah tak anda rasa anda tiada upaya untuk menghalang atau mencegah sesuatu perbuatan kerana anda pernah melakukan sesuatu perkara itu?

Pernah tak anda rasa pandangan dan pendapat anda tidak diterima kerana anda pun 2×5 sama juga?

Saya sedih apabila kedua-dua perkara diatas berlaku. Saya sering ingatkan kepada diri sendiri supaya, jika ada orang memberi pendapat, pandangan dan nasihat, jangan dilihat kepada siapa yang mengatakannya. Namun lihat dan pertimbangkanlah kata-katanya.

Seorang pelajar nakal mungkin memberi nasihat supaya pelajar lain tidak ikut serta menjadi nakal dikelas kerana tahu betapa guru dan rakan-rakan tidak sukakan perbuatan nakalnya itu.

Seorang bapa yang merokok mungkin menghalang anaknya merokok kerana beliau tahu betapa sekali kita susah mula merokok, amat sukar untuk menghentikan tabiat buruk itu.

Seorang kakak yang pernah bercinta sewaktu belajar dan keluar dating tidak menggalakkan adiknya keluar dating juga kerana tahu betapa jika keluar berduaan ada pihak ketiga iaitu syaitan dan amat sukar mengekang nafsu dan godaan apabila berdua-duaan. (Baca: boleh baca teori evolusi cinta dari Saifulislam.com)

Been there, done that.

Itulah sebab mereka pun layak didengari dan diikuti.

2 thoughts on “Saya tidak mahu anda buat kerana saya pernah buat

    • setuju.
      setiap orang pasti ada kebaikannya. Timbanglah baik-baik apa yang disampaikan selagi tidak melanggar syarak dan perintah Allah.
      🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s