For him, for myself too

Dua tiga hari ini, blog ini dilewati oleh seorang blogger yang saya kira (dari pembacaan saya) merupakan pelajar yang berada di Mesir sana. Tidak banyak berita dari Mesir tentang ketegangan disana yang beliau coretkan tetapi mengikut entry terakhir, beliau akan turut sama meninggalkan bumi Mesir kerana diarahkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Saya kira itu mungkin jalan terbaik, Allah tidak membenarkan beliau berlama-lamaan disana.

Blog Saudara Naumul Firdaus tidak sempat saya khatamkan lagi dek kerana tuntutan keluarga, namun sempat juga saya belek-belek beberapa catatan beliau.

Terdapat satu catatan bertajuk “For Myself, The Others terpulanglah” sangat menyentuh jiwa. Sangat dekat dengan saya.

Hati saya ini adalah tempat dipandang Allah, saya percaya itu.

Seluruh amalan saya, setiap satunya dikira hanya selepas hati saya tepu dengan ikhlas. Yang disalut riyak, atau yang terpalit sombong, malah yang disentuh bangga, semua ini apabila saya persembahkan di hadapan Dia, pasti tidak lagi bermakna.

Hanya kosong dan tiada apa yang tinggal.

Saya takut sebenarnya. Walaupun di dasar hati saya terdapat harapan bahawa Allah itu memang Maha Pengampun, tapi itu tidak bermakna saya boleh bermain-main dengan Dia!

Dengan amalan yang mahu ditunjukkan kepada manusia, dan yang dilakukan untuk kelebihan dunia, semua itu menghilangkan nilaian-nilaian Allah. Seolah-olah saya ini bermain-main dengan suruhan-Nya.

Dan saya mahu sebut lagi, hati yang saya selalu lupa jaga ini, inilah tempat dipandang Allah.

Sejak akhir-akhir ini saya banyak terfikir akan masa hadapan. Bukan masa hadapan di dunia, tetapi masa hadapan di akhirat sana. Bagaimana agaknya nasib saya nanti? Mudahkan melalui titian siratul mustaqim, atau jatuhkah saya ke lubang neraka? Mendapat buku amalan dari sebelah mana? Kirikah? Kanan? Atau belakang?

Aduh takut sekali. Tapi dalam takut-takut hati ini masih leka. Solat masih culas, masih cuai, masih tertinggal rukunnya.

Masih lagi kuat marah, kuat melawan suami, kuat berlagha.

Aduh.

Dunia ini ladang bagi kita, menuai hasilnya di akhirat nanti. Sedarlah diri.

Semoga banyak lagi nukilan dan catatan blog dari rakan blogger yang akan singgah ke blog ini. Setiap seorang membawa cerita sendiri, setiap orang didatangkan oleh Allah untuk membantu saya menyedarkan diri.

Terima kasih kerana sudi hadir.

One thought on “For him, for myself too

  1. Terima kasih kerana berkongsi wawa.

    “Lagha” That’s the word. Masih lagi lalai dan cuai. Walau selalu terfikir tanda-tanda dunia akan berakhir, sedar di akal tapi tidak di hati….
    😦

    patut sedih.

    mohon izin share.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s