Ibulah orang yang paling kreatif dirumah

Saya rasa menjadi ibu mestilah kreatif. Itu satu ciri yang sangat penting. Tidak kira ibu itu berpendidikan tinggi atau pun tidak, tetapi ibu mesti kreatif.

Kemahiran berfikir secara Kreatif boleh didefinisikan sebagai

Kecekapan menggunakan minda untuk:

  • menjana dan menghasilkan idea
  • mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai  sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
  • menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.

Mahu memasak pun kena kreatif. Kalau anak tak mahu makan sayur apa bagaimana nak buat? Bukan calang calang orang boleh tackle masalah ini. Dalam buku memang ada penyelesaiannya, tetapi setiap anak ini individu yang berbeza-beza. Boleh jadi tak jumpa cara.

Anak tidak geamar kesekolah pun satu cabaran juga. Bagaimana nak buat anak sukakan sekolah? Ada ibu yang temankan anak hingga ke tengahari, ada yang belikan mainan setiap kali balik sekolah, ada yang paksa, yang pukul, yang dera, tak kurang juga yang terus berhentikan sahaja.😛

Aduh.

Mak saya pun kreatif juga. Kalau dirumahnya, bab-bab membetulkan peralatan rosak beliaulah orangnya. Hebat macam McGyver. Betul ni tak tipu. Ayah tahu mak sangat hebat bergaya, jadi ayah pun ambil peluang buat tak tahu sahaja. Ahaha. Masalah juga.

Salah satu pengalaman saya dalam cabaran berkreatif ini adalah membantu Hamzah membuat kerja rumahnya.

Hamzah memang lain daripada adib beradiknya. Agak kelakar, bersifat terbuka, cerdik tetapi tidak boleg fokus dan tidak sukakan aktiviti rigid, rutin dan mengongkong.

Beberapa minggu lepas, cikgu memberikan kerja rumah untuk dibuat. Kerjanya mudah sahaja. Warnakan gambar mengikut arahan warna yang diberi dan lihat warna yang terhasil.

kerja sekolah hamzah

Tapi liat sangat dia hendak membuatnya. Sudahnya Sawda dengan rela hati mengambil pensel warna dan mewarna stail ISA (ikut-suka-aku). Puas saya fikir apa ikhtiar nak dibuat.

Ting! Ada mentol menyala.

Saya pun ambil pallette dan tempura color. Biru dan Merah.

tempura color

Anak-anak bila dah lihat warna dan berus lukisan mulalah terkinja-kinja dan seronok sakan.Mata hamzah dah ada shiny-shiny.

sawda tumpang sekaki

Kalau Hamzah merwarna, mestilah Sawda tumpang sekaki kan? Jadi mereka pun mewarna bersama-sama. Yang penting, objektif kerja rumah Hamzah tu tercapai. Tujuannya nak tunjukkan penghasilan warna sekunder dari campuran 2 warna premier.

Nah, lihatlah hasilnya.

merah campur biru jadi ungu

Merah campur biru jadi ungu ya. Anak buat kerja, ibu pun gembira. Cikgu? Tak pastila pula kerana tak tanya. Saya minta dia bawa sahaja hasil kerjanya ke sekolah. Jika cikgu tanya kenapa tak buat kerja rumah, jawab sahaja, saya buat di kertas lukisan cikgu.

Huhu.

4 thoughts on “Ibulah orang yang paling kreatif dirumah

  1. memang kena kreatif. semua sudut kena kreatif.
    kalau tak kreatif, macam mana nak uli kuih donut sambil menyusu si Adib.
    hahahaha

    • and suprisingly, semua orang pun automatik jadi creative kan? it’s good to share the experience and the circumtances at home, supaya boleh jadi pedoman ibu2 lain kan effa kan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s