Disebalik tabir

Semenjak sekolah buka, jarang dapat bangun buat kerja pagi-pagi seperti ini. Biasanya bila anak balik sekolah dah penat berkejar-kejaran. Tidur awal, bangun pun cukup-cukup makan untuk nak siapkan anak. Masih banyak ruang untuk pembaikan.

Apapun, Alhamdulillah hari ini digerakkan awal. Semua anak-anak masih tidur jadi selepas mandi sempatlah menguruskan hal-hal perniagaan.

BYC akan berusia 4 bulan pada 17 Februari nanti. Ya, baru 4 bulan. Jika bayi, mungkin baru hendak belajar mengiring. Banyak sungguh pengalaman yang saya kutip sepanjang 4 bulan ini. Namun, banyak lagi yang akan saya tempuhi.

lingkaran jiwa dualogam merlimau

Sejujurnya, BYC banyak belajar dari Dagangan DuaLogam Merlimau. Itu perniagaan emas dan perak yang diusahakan suami saya. DuaLogam Merlimau pun baru setahun jagung, tapi sekurang-kurangnya saya dapat katakan yang kami sudah melepasi tahun pertama dengan jayanya. Alhamdulillah.

* 2% daripada orang ramai, terus suka sesuatu yang baru dan menerima sesuatu yang baru
* 12% daripada orang ramai menerima sesuatu yang baru selepas setahun ianya di pasaran
* 22% daripada orang ramai akan menerima selepas 2 tahun kemudian

Insya Allah sekarang masa untuk memecut dan lebih agresif dipasaran.

Tanpa permulaan dari DuaLogam, saya kira mungkin juga saya tidak berani hendak berada ditempat saya sekarang. Modal yang kecil dan pengalaman yang sedikit agak menggerunkan.

Bagaimana hendak menarik perhatian?

Bagaimana hendak memasarkan produk?

Bagaimana hendak pusing modal?

Bagaimana jika saya gagal?

Aduh.

DuaLogam bermula kecil. Mulanya suami saya berminat hendak menyimpan bagi keperluan keluarga. Kemudian beliau mendapat peluang. Peluang untuk berniaga. Modal tidak besar, tapi beliau tidak mahu berhutang.

Perniagaan yang dimulakan dengan hutang mungkin ada masalah dimasa hadapan. Tetapi mungkin juga tidak bagi sesetengah usahawan lain yang pandai mengurus kewangan.

Dipihak saya pada ketika itu, yang mampu dilakukan adalah memberi semangat dan dorongan. Walaupun ada masa tak faham juga kenapa hendak menyusahkan diri hendak berniaga padahal kami sama-sama bekerja. Apapun, darah berniaga ada dalam dirinya. Jadi hendak ditahan kenapa? Lagipun bukankah 9/10 pintu rezeki itu dari berniaga.

Salah satu cabaran yang perlu dihadapi dalam perniagaan adalah persaingan. Ia boleh dilihat dari dua perpektif. Ada persaingan yang menjatuhkan dan memudaratkan. Tetapi jika dilihat dari sudut pandang berbeza, persaingan sebenarnya bagus untuk menolak kita supaya memajukan perniagaan dan diri dan tidak berada di zon selesa yang akhirnya akan merosakkan perniagaan itu  sendiri.

Saya bersyukur kerana Allah melorongkan kepada suami saya untuk menceburi perniagaan sebelum saya. Selain memberi semangat dan motivasi, saya percaya dek kerana pengalaman beliau itulah, beliau berani memberi saya kesempatan untuk berhenti kerja makan gaji dan mulakan BYC.

Terima kasih kerana memberi peluang ini. Peranan suami saya sangat penting kerana sudut pandang kami yang berbeza memberikan lebih banyak idea-idea.

Semoga perkahwinan ini dan perniagaan ini akan menguatkan cinta dan kasih sayang kita.

Ecewah!

2 thoughts on “Disebalik tabir

  1. assalammualaikum…
    perniagaan memang memerlukan komitmen yang tinggi…persefahaman antara suami dan isteri…pengalaman yg lalu dalam perniagaan mematangkan saya….betapa sukarnya..jatuh bangun pahit ..maung…akhir skali saya terpaksa redha dan melepaskan perniagaan saya….mungkin masih tidak cukup ilmu…tapi saya bersyukur…kerana menceburi bidang perniagaan pada usia yg muda….semangat itu tak akan hilang…

    wawa~tabahkanlah hatimu…kuatkanlah semangat!!!saya yakin awak seorang yg sukakan cabaran:[-))

    • thanks alia. saya pasti alia ada pengalamn menarik tentang ini. BIla bila kita jumpa bolehla bertukar-tukar cerita.

      btw taks mepat lagi nak ke stadium hang jebat. asyikla mengejar masa dan terkejar-kejar adanya.

      aduh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s