Ajari Anakmu Membuat Keputusan Bagi Dirinya

Semalam saya kena migraine lagi. Memang pakej lengkap pagi itu, tidak sarapan, keluar waktu panas-panas dan tidak cukup tidur. Pastilah kena kan?

Jadi saya pun bercadang tidur awal. Jam 9 malam sudah baring-baring. Niat dihati hendak tidur legakan sakit kepala dulu barulah bangun solat Isya’. Biasanya saya solat dulu sebelum tidur kerana saya akan solat dengan Umar. Apabila Umar lihat saya tidak solat, dia pun mulalah leka.

Jam 9.30 malam, lampu ditutup, Umar pun sudah baring. Oh oh, dia belum solat lagi. Saya buat-buat tanya samada dia sudah solat ke belum. Dia diam sahaja. Cubaan mengelak untuk solat dan dalam masa sama tidak mahu menjawab.

Bagaimana ni? Kalau paksa mesti dia akan buat dalam keadaan marah-marah dan hempas-hempas pintu serta hentak kaki. Sasa sudah cukup stress dengan sakit kepala ini, memang akan hilang sabar jika ada yang buat perangai.

umar on a hammock

Tiba-tiba teringat teknik kata hati yang dipelajari dari Seminar Kaedah Khalifah. Saya sudah mempraktikkannya dengan meminta dia memperkukuh kata hati yang betul. Jadi ini masanya untuk menguji samada ia sudah tersemat dalam hati atau tidak.

“Kalau Umar nak tidur, tidurlah. Tapi Umar rasa, boleh tak Umar tidur kalau belum solat? Allah suka tak?“, saya tanya Umar baik-baik. Seboleh-bolehnya saya cuba elakkan dari meninggikan suara.

Dia diam sahaja. Dalam samar-samar lampu tidur itu, saya tengok dia terkebil-kebil. Nak tidur tak boleh, nak solat malas agaknya.

5 minit kemudian, dia pun bangkit dan terus solat. Tiada adegan hempas pintu, tiada hentak kaki dan insya Allah ikhlas lah agaknya.Lapang dada saya, suka hati saya melihatkan Umar boleh membuat keputusan begini. Alhamdulllah, terima kasih Allah.

Jadi, gunakanlah kesempatan ini untuk memperkukuhkan kata hati anak dengan kata hati yang betul, dan ajarilah mereka membuat keputusan yang betul bagi diri mereka sendiri.

Saya percaya, memberi mereka peluang untuk belajar membuat keputusan sekarang (walaupun keputusan yang salah) akan membantu untuk mengurangkan kesalahan dimasa hadapan serta meningkatkan keyakinan diri. Jangan sia-siakan peluang ini.

Sometimes, we just need to learn the hard way. Learn from mistakes and be sure not to repeat. That’s what a wise man says and what a wise man will do.

Salam Jumaat penuh barakah! Insya Allah.

2 thoughts on “Ajari Anakmu Membuat Keputusan Bagi Dirinya

  1. Semoga cept sembuh dr migrain. Thanks for sharing/ remind kaedah khalifah tu.
    Cerita pasal solat, teringat mlm td punya kes. Suruh Nurin solat Isyak dulu sbb nak urus adik2 dia. Masa bangun iktidal, ada pulak aksi gelek ‘chicken dance’. bukan 1 rakaat dia buat mcm tu tp 2 rakaat.
    Kena tegur la jawabnya. tp sebelum tegur, sakit perut sebab tahan gelak sendirian.

  2. hahaha, tak dapat bayangkan tapi masih juga tergelak bila baca cerita akak nih. memang macam2. si hamzah pula bila solat orangs ebut allahu akhbar, dia pergi sebut assalamualaikum.

    kita yang nak solat sekali ni pun jadi tak khusyuk. tapi kalau nak disuruh solat asing-asingd ah tak suit the purpose pulak. macamana nak ajar kan? ahhaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s