Allah Pemudah Cara

Dalam 3,4 hari lepas, telefon saya kena bar. Yelah, credit limit RM100 sahaja, jadi cepatla kena bar-nya. Saya yang berazam nak mengurangkan perbelanjaan telefon pun bercadang hendak gunakan blackberry untuk internet sahaja. Calls semua dari no celcom lama sebab nombor itu ada pakej yang agak menarik juga.

Terbaca pula post dari twitter Wardina Safiyyah,

“Guys, I’m going cold turkey-FB n tweeter affected my automatic actions..sikit2 FB.Mcm scary je.. I’m refraining for one week.See how it goes”.
Ia menguatkan lagi keinginan saya kerana mengepos status dan gambar ke twitter dan facebook seakan-akan reaksi spontan dan automatik saya terutama semenjak mempunyai Blackberry. Bukanlah ia tidak baik tetapi agak menakutkanlah.
Maka saya pun memulakan projek saya itu. Tak alih-alih, semasa ber-browsing menggunakan BB, saya mendapat error 606 dari blackberry. Bila google katanya kena reload OS. Malang lagi saya tidak pernah buat data backup. Maka jika reload OS, data saya dalam BB akan kena wipe habis.
Aduh.
Tapi alhamdulillah saya berjaya tidak mengstresskan diri.
Saya baca, stress itu berpunya dari reaksi kita.
Yang utama, saya pelajari dari  situasi ini adalah, Allah memang sesungguhnya Pemudah Cara.
Saya mahu kurangkan call dari BB, habis semua contact sampai tak boleh call lagi.
Mahu kurangkan internet browsing dan bersosial networking. Dapatlah cuti 2 hari sempena tidak ada instant access.
Yang paling menarik, anak-anak dapat sepenuh perhatian saya semasa kami ke KL kelmarin, dapat sepenuh perhatian semasa dalam kereta, semasa melihat bangunan-bangun tinggi di tengah-tengok kotaraya dan semasa makan di Nasi Lemak Antarabangsa Kg. Baru.
So what else should i say? Thank You Allah for everything. Yang penting berbaik sangka terhadap segala ketentuan Allah, tiada yang kebetulan semuanya memang sudah dalam perancangan-Nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s