Pengalaman adalah sebaik-baik guru

Pengalaman memang tidak ada tolok bandingan dalam memberikan pelajaran. Tidak kira pengalaman pahit atau manis, kesannya lebih kekal lama dalam ingatan. Satu contoh terbaik yang adalah cerita An Education yang ditayangkan di Astro HBO baru-baru ini.

Dalam rumah kami, wifi memang tersedia. ON 24 jam sehari, 365 hari setahun kecuali apabila streamyx down. Komputer memang tidak pernah tutup. Anak-anak ada akses yang cukup kepada internet. Buku-buku pun banyak, ensiklopedia anak muslim ada, i wonder why grolier pun ada juga. Tidak cukup dengan itu, ada Astro channel bermacam-macam kecuali starworld dan sukan.

Ini semua adalah untuk memberikan anak-anak pembelajaran tanpa had (sudah pasti dikawal oleh kami). Jadi kami fikirkan sekurang-kurangnya cukuplah buat masa ini. Namun, Isnin lepas saya mengikut suami ke Kuala Lumpur/Selangor bersama-sama anak-anak kami. Biasanya tempat dituju Kota Damansara, Shah Alam, Bangi, dll. Jarang-jarang masuk ke KL. Malam itu suami perlu berjumpa kawan di Kampung Baru.

Masuk sahaja kawasan segitiga emas itu, cahaya lampu-lampu dari pokok berjuntaian sangat mengujakan. Bila anak-anak tengok KLCC dan Menara KL lagilah terus teruja sakan. Bukan mereka tidak pernah tengok KLCC di tv, majalah dan buku sebelum ini. Tapi bila melihat menggunakan mata kepala sendiri, wah, seronoknya bukan kepalang.

(Baca: mereka pernah juga masuk ke KLCC beberapa kali tetapi KLCC tetap juga menjadi sesuatu yang sangat menarik bagi mereka.🙂

Saya cakap dengan suami, “kesian anak kita ni, kalau dah duduk kampung, walaupun ada internet 24 jam mengalahkan orang duduk bandar, tetap juga macam orang kampung. (Baca lagi: jangan marah ya dengan istilah ‘orang kampung’ ini).

Cerita lain yang berkaitan, masa saya bekerja dahulu, anak-anak dijaga oleh ibu dan kemudiannya dijaga oleh makcik pengasuh. Ibu dan makcik pengasuh ini sangat pembersih orangnya. Sebab itu saya suka mereka jagakan anak saya. Anak-anak tak boleh keluar tanpa selipar, tak boleh main dilaman rumah, jangan main air, bla bla bla.

Pertama kali kami bawa anak-anak ke tepi pantai, mereka geli dengan pasir, dengan rumput dengan air. Aduh. Pening juga kepala. Tapi deria mereka perlu dirangsang, dihidupkan, dibangkitkan. Tanpa merasai segalanya dengan tangan, dengan kaki, dengan hati masakan boleh dapat pengalaman?

Apapun sekarang sudah OK. Cuma aktiviti menimba pengalaman mereka perlu dipandu supaya tidak memudaratkan diri.

Well,

“Experience is the best teacher, but the tuition is high.”

hehehe

5 thoughts on “Pengalaman adalah sebaik-baik guru

  1. Bab lampu tu bukan ‘orang kampung’ je jakun Wawa, anak I yang agak ‘bandar’ ni pun sama coz we hardly keluar bawa dia jalan2 tengok lampu. One day tu we went for dinner kat Saba, drove around Putrajaya. Teruja ya amat si Mira tengok. Esok-esok dia ajak pergi lagi. LOL.

  2. ahahah anak2 saya dari duduk pinggir bandar dkt dgn kg dan bandar (bukit katil) ke kampung ori (kg beringin durian tunggal) ke pinggir bandar semula (bangi-kajang). semuanya diorg enjoy. tinggal kita yg parents ni je terpaksa perah otak nak bagi diorg the best of both worlds, tu pun kita sendiri masih lagi menyesuaikan diri dgn bermacam2 perubahan hidup (in my own context lah hehe)

  3. sorry for the long silence and not replying to your comments. most of the time, i am online via my bb. so terlepas pandang.
    huhu.

    anyway, i think that’s the beauty of being kids kan? simple things can fascinate and amuse them for a very long long time.

    yang adult ni je yang payah nak satisfy. heheh

    • haha Nadia, kalau tak ada orang dewasa tengok lampu ni, tak ada lah icity di shah alam tu. Sebabnya orang dewasa yang suka tu pasal diorang bawak anak konon-konon anak yang nak tengok haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s