Pencuri masa

Lamanya sudah meninggalkan blog. Seminggu tak sempat menulis tapi hati terkinja-kinja nak berkongsi cerita.

Sekarang ni pun rasanya tak betah nak duduk berlamaan depan komputer kerana nak tengokkan Umar membuat kerja sekolah. Lagipun esok sudah mula ujian Dinniah. Agak risau juga memandangkan saya tidak pula drill Umar di rumah, apatah lagi dengan bahasa pengantarnya bahasa Arab.

Secara ringkas, saya suka nak berkongsi yang Sawda sudah fully potty trained. Alhamdulillah. Bermula semasa cuti Tahun Baru Cina, dan segalanya dipermudahkan (kecuali ada beberapa incident tahi terciciri, dan juga terkencing di KFC). Sudah seminggu saya perhatikan Sawda tidak membasahkan diaper yang dipakaikan sebelum tidur. Tidur petang memang sudah diaperless tapi tidur malam belum berani lagi hendak diaperless. Siapa pula nak pikul jemur tilam nanti?

Apapun lampin pakai buang yang biasa dibeli tinggal separuh lagi. Bila habis rasanya sudah tidak perlu beli. Saya ada 2 clothes diapers yang boleh diguna berganti-ganti buat tidur malam nanti.

Selain itu, sawda juga sudah mula minta susu (dala botol). Saya tahu sepatutnya boleh skip botol terus tapi dek kerana abangnya pun masih hisap botol jadi dia mengikut abangnya lah. Sekurang-kurangnya tidakla setiap waktu hendak menyusu badan sahaja lagi. Lagipun sudah hendak 3 tahun menjelang Julai nanti.

Oh, Hamzah pun sudah kurang berbotol. Dan sekurang-kurangnya juga dia minum bila perlu sahaja. Tidaklah hendak keluar kena usung botol susu lagi.

Umar pula sudah berkaca mata. Dia terkejut bila menyedari yang setelah berkaca mata dia dapat melihat dengan lebih jelas. Tapi awalnya dia malu sebab takut diketawakan rakan. Aduh, sukar juga nak menyakinkannya, tapi Alhamudulillah. Kata hati betul yang dia ada sangat kuat, jadi dia boleh juga melawan perasaan malunya. Sehingga kini masih menjaga cermin mata dengan elok. Bila tidak dipakai, dimasuk dalam kotak. Saya pun perlu ikut contoh Umar kerana sering sangat letak merata-rata hinggakan cermin mata kanan sudah calar balar. Puan Dalila, optometris di Menara, kata cermin mata yang sudah bercalar juga boleh trigger migraine jadi jaga-jaga ya kawan-kawan.

Apalagi ya?

Hmm..semalam saya ke Senawang mengendalikan Preview untuk ALIMKids Seremban (Senawang) di Dewan Murni ChildCare di Taman Sri Kasih. Pergi berdua sahaja dengan Umar. Seronok juga ada anak bujang, boleh juga buat kawan pabila suami sibuk. Terasa selamat juga bila pergi berdua, walaupun yang menemaninya tu hero kecil sahaja.

Alhamdulillah preview berjalan dengan lancar. Saya masih lagi ada perasaan gementar bila berhadapan dengan ibu dan anak-anak baru. Namun mereka hebat sekali. Sempat juga berjualan buku dan produk Learning Roots hinggakan hampir langsai stok saya, perlu pula tambah stok lagi.

Dapat juga bertemu Suria, Shahrina, Lulu Lin Fan (teman dari MBfPC) dan anak-anak mereka. Dapat juga bertemu dengan bedmate saya semasa di sekolah asrama dahulu. Yelah, dia katil bawah saya pula katil atas. Memang gembira tak terkata. Terima kasih Kak Lily dan Kak Ita kerana beri saya peluang. Terima kasih Allah atas segala kurniaan.

Minggu ini berjujukan lagi agenda, hari rabu ada program POWER, Khamis pula sepatutnya ada presentation di JKN untuk dapatkan dana KSI Melaka. Sabtu ada ALIMKids seperti biasa (kids, teacher wawa miss you all already) dan ahad, insya Allah ada SGM Kelab Susu Ibu (oh, lupa nak promote dalam BYC). Sepatutnya juga ada program antenatal breastfeeding class tapi kurang sambutan, mungkin promosi tidak menyeluruh agaknya. Tapi tak mengapa, boleh dianjak ke hadapan.

Jadi, busy is good for me. Walaupun kesibukan ini menyebabkan saya terpaksa menjadi pencuri. Tak mengapalah, pencuri masa sendiri.

Semoga saya dapat dan sempat berblog lagi.

nota: Doa saya kepada sahabat tercinta, Amelia Nazli yang akan menjalani rawatannya Rabu nanti. Semoga Allah melindungimu sahabatku, dan semoga Allah juga mempermudahkan urusan anak-anakmu itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s