Takut Gelap

Dua hari lepas, Hamzah betul-betul menduga kesabaran. Mula=mula entah apa yang digaduhkan dengan Umar. Kemudia mulalah adegan pukul memukul. Saya memang naik angin waktu tu, habis dua-dua kena tepuk tangan (pukul guna tangan sendiri). Tangan saya sakit, mereka berdua pun sakit juga.

Kemudian sewaktu saya hendak solat Maghrib, Hamzah main-main padahal sudah berada di atas tikar sembahyang. Sudahnya saya kuncikan dia dalam bilik sebelah. Lupa nak buka lampu pula tu, terjerit-jerit dia ketakutan.

1. Takut kena kunci seorang diri.

2. Takut gelap.

Geram memang geram.

Tapi Alhamdulillah, selepas kena hukum begitu, dia rajin solat pula. Sekurang-kurangnya dia sedar waktu solat dah tiba dan tunggang terbalik pun dia tetap solat bersama. Jika dulu, dia buat tak tahu sahaja padahal Sawda yang baru 2 tahun tu pun ikut serta solat dengan kami.

Sedih, takut, bimbang, semua ada. Apa nak jadi dengan anak saya nanti? Sedangkan anak yang ibubapanya titik beratkan slat pun bila besar ada yang tidak mahu solat, inikan pula jika saya terus-terusan biarkan dia begitu.

Masih kecil bukan alasan. Pada saya, biar dia menangis hari ini daripada esok lusa dia salahkan saya tidak mengajar dia bersolat. Bukan tak ada orang yang sebegitu, sudah besar panjang pun mahu salahkan ibu, salahkan bapa tidak mendidik sedari kecil. Bukankah sudah besar panjang, ada akal, ada fikiran boleh fikir mana baik mana buruk, mana betul mana salah. Mahu lagi menyalahkan orang.

Mungkin saya agak kasar dalam mengajar anak, tapi ini bukan perkara main-main. Solat itu perkara pertama ditanya diakhirat kelak. Namun tidaklah selalu diherdik-herdik, ditengking-tengking, dihukum dikunci.

Nanti jadi lali pula.

Buat Umar, Hamzah dan Sawda, mak mahu kamu semua sayangkan Allah, takut akan siksaan Nya, turut perintah Nya dan cintakan akhirat lebih dari dunia.

Katakan anak-anakku, “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, TUhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s