Tolong Ingatkan Aku

Sudah berminggu-minggu mata saya sakit. Bukan sakit mata, tetapi sakit melihatkan rambut Umar yang sudah panjang dan perlu ditrim. Ini bukan sekolah tadika lagi boleh main-main. Silap-silap nanti dek kerana mak pak yang sibuk memanjang, anaknya kena denda pula disekolah.

Jadi minggu lepas saya ingatkan kepada Umar supaya ingatkan saya untuk bawa dia ke kedai untuk gunting rambut. Lama juga ambil masa, akhirnya berjaya juga menyelesaikan misi pada hari Sabtu.

Kenapa susah sangat? Saya suka bawa Umar gunting rambut di kedai MPKR di Bandar Hilir, dekat dengan rumah mak saya itu. Kedainya dekat, turun flet sahaja dah jumpa. Tak perlu parking, tak perlu tunggu lama. Tak perlu explain juga. India tu pun dah tahu. Sudahlah upahnya murah. Yang susahnya hanyalah kalau kami kesana biasanya mesti ada hal. Bila dah petang nak bergegas pulang pula.

Apapun bukan itu ceritanya, minggu lepas juga cikgu beri memo kepada Umar untuk dibaca oleh kami. Memo minta bayaran tambahan. Bukan banyak tetapi bukan sedikit. RM15 untuk beli fail bagi menyimpan kertas-kertas ujian dan juga hendah menampung kos cetakan kalau tak silap.

Fail dirumah melambak-lambak. Rasa macam malas je nak membayar tetapi memikirkan mungkin cikgu hendak menyeragamkan fail itu  bagi memudahkan pengesanan dan penyimpanan, saya turutkan sahaja. Esoknya saya masih tidak buat bayaran kerana dalam memo tulis bayar sebelum 28hb Februari. Maka ada masa lagi. Almaklum, orang meniaga sentiasa perlukan modal pusing.

Bila Umar balik dari sekolah, dia maklumkan kawan-kawan beri duit pada cikgu. Alamak. Jadi saya minta dia ingatkan saya untuk buat bayaran. Tapi biasalah, asyikla terlupa. Yang patut mengingatkan pun lupa, yang suruh mengingatkan apatah lagi.

Jadi semalam saya ingatkan sekali lagi, supaya minta wang dari saya esok pagi sebelum kesekolah. Malam sebelum tidur, saya dapat sampan kertas dari Umar.

bot peringatan

Ingatkan Umar nak tunjuk dia dah pandai buat sampan kertas yang saya ajar dulu, rupanya dia tulis di badan sampan itu,

Bayar RM15.00.

Haha, terus melekat diingatan. Pasti tidak lupa lagi kerana usaha dia buat sampan itu sangat terkesan dihati.

🙂

3 thoughts on “Tolong Ingatkan Aku

  1. haha, macam-macam aksi budak2 ni kak. :)) tu belum dengar cerita akak, kak ikin dan kawan2 lain. dah lama tak berborak pasal anak kan? kalau tak itu je la modal tak habis2.

  2. ya, mmg dah lama. cerita2 itu dipendam saja.
    latest, nurin mintak adik. tp nak perempuan bkn lelaki. sbb lelaki dah ada 2 katanya.
    kalau buat reunion bertiga je pun, 2 hari belum tentu habis bercerita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s