Kereta Manual

Minggu lepas, kami mendapat sebuah kereta lagi. Alhamdulillah. Kereta syarikat tempat suami berkerja, tapi dapatlah juga saya menumpang selesa bersama anak-anak.

Semasa berbincang tentang kereta yang hendak dibeli, saya mencadangkan kepada suami saya untuk menggantikan keretanya itu dengan kereta Auto sahaja. Mudahlah nanti jika saya perlu memandu kereta itu. Almaklum, semenjak 2007 hanya memandu kereta Automatik. Sudah tidak biasa pula dengan kereta transmisi manual. Mengada-ngada kan?

Namun, itu bukan duit kami belanjakan sesuka hati. Suami berkeputusan ambik kereta ber CC rendah dan transmisi manual. Nak jimatkan wang orang katanya.

Tidak mengapalah, memang betul katanya.

Hari pertama memandu kereta itu, anak saya lewat ke sekolah 10 minit. Maknya tak tahu nak masuk gear. Asyik ditekan brek bukannya clutch, memanglah tak jalan kereta itu. Aduh.

Kemudian, petangnya saya ada mesyuarat di Air Keroh. Terpaksa juga bawa kereta itu sebab kereta saya ada speaker dan sebagainya. Tak muat nak masukkan anak-anak pula. Mesyuarat mula jam 3. Jam 4 baru tiba. Melaka tiba-tiba jam, kereta berundur di bukit depan Air Terjun Bukit Baru dan banyak lagi peristiwa yang berlaku. Saya terlepas mesyurat. Namun, saya dapat refresh pengalaman bawa kereta manual semula. Semakin peka dengan keadaan sekeliling.

Selepas itu perjalanan jadi semakin lancar. Tidak berdebar-debar setiap kali melalui bukit. Tiada lagi kereta yang berhenti jauh di lampu isyarat. Setelah seminggu saya semakin cekap. Pemanduan semakin hebat. (Ecewahhh).

Bila bertukar kereta kecil auto saya itu pula, kena berfikir lama. Bagaimana nak bawa. Sebelah mana signal dan sebelah mana wiper. Takut tertukar pula.

Hidup ini seperti memandu kereta. Apabila terlalu selesa dan terlalu biasa, kita seperti membawa kereta auto. Tidak sedar akan keadaan sekeliling. Almaklum tidak perlu tukar gear, dimana perlu masuk gear rendah atau gear tinggi. Boleh main redah sahaja. Boleh terus meluncur laju.

Seeloknya, kalau kehidupan jadi begitu, bertukarlah kita ke transmisi manual. Lihat keseluruhan ciptaan Allah. Pandanglah dengan seluruh deria, jika ada ahli keluarga yang susah, atau kawan yang dilanda musibah, atau jiran yang perlu bantuan.

Setiap kali bila hendak memulakan sesuatu, ambil masa fikirkan sejenak. Bagaimana kita hendak mengemudi perjalanan hidup.

Sesungguhnya, kehidupan ini singkat sahaja. Semoga hidup anda dan juga saya akan menjadi lebih bermakna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s