Offline mode

Saya masih disini. Ada sahaja berlegar-legar di dunia internet ni cuma kurang berkesempatan untuk menulis. Bukan apa, dua tiga menjak ni asyik lah rasa nak marah.

Saya mengambil keputusan bahawa saya tidak boleh menulis ketika marah. Emosi sewaktu marah adalah emosi negatif yang akan merosakkan saya dan juga menyebabkan rakan-rakan yang membaca turut mengalami kesannya.

Silap-silap gaya, jika menulis juga keluar pula perli-memerli, atau bahasa kesat atau pun timbul salah faham atau perkara yang menyakitkan hati. Aduh takutnya. Susah pula nak explain nanti.

Namun saya lihat dalam internet banyak betul orang menulis lebih laju dari akalnya berfikir. Maka timbullah kerosakan. A berkata tentang B, C pula terbaca dan menyampaikan kepada D padahal orang yang dikata adalah orang lain. Akhirnya ABCD semuanya bermasam muka. Paling menakuktkan jika ada pula posting di blog masing-masing yang cuba nak menangkan diri sendiri.

Aduh takut, takut sekali.

Oh, andaikata terlintas dihati anda kenapa saya marah? Tidaklah saya marah kepada mana-mana blogger. Cuma adalah sedikit kekecewaan disana sini. Biasanya perkaranya kecil-kecil sahaja, tapi itulah. Dari sekecil perkara tu pun jika dilayan boleh membakar hutan hingga menyebabkan jerebu nanti.

Aduh takut, sekali takut, dua kali takut.

🙂

Apapun selain daripada takut menulis yang bukan-bukan, hal yang menyebabkan tidak sempat berblog adalah kerana saya tidak mengeluarkan macbook dari beg selepas playgroup session Sabtu lepas. Itulah masalah setiap hari Sabtu. Hehe.

So, sekarang ni nak pergi jemput anak pula. Jangan lupa ya melawat gerai BYC di Pesta Konvo Politeknik Merlimau pada 11, 12 dan 13 Mac ini. Boleh la jumpa saya yang bertudung merah nanti.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s