Peliknya Wanita

Tubuhku mengalami perubahan yang sangat mendadak. Bukan seorang dua yang bertanyakan samada saya mengandung, anak-anak pun suka benar cakap ada adik dalam perut.

Tapi saya masih pakai implanon. Ada rakan kata terdapat kes dimana wanita mengandung semasa implanon masih tertanam pada dirinya. Hmm risau juga.

Semalam semasa berbbm dengan arin, dia ada menceritakan seorang rakan yang ingatkan perutnya buncit biasa, rupanya ada cyst. Hmm risau pula.

Semasa mengandungkan Sawda, doktor mengesan ada fibroid pada saya. Tapi tidak membesar jadi dibiarkan sahaja. Selepas bersalin tidak pernah cek lagi. Hmm risaunya, risaunya.

Tapi yang pertama, saya perlu dapatkan kepastian dulu. Entah-entah mengandung. Sudahlah sebelum ni hidung saya sensitif sangat. Bau diri sendiri pun kadang-kadang tak tahan sehingga lepas mandi perlu mandi sekali lagi.

Maka petang semalam saya belilah kit pregnancy test. Pagi tadi ujian dibuat. Guess what? Perlahan-lahan perubahan warna pada kit. Akhirnya satu garisan sahaja.

Peliknya wanita ini (baca: saya), seringkali berkata tidak sedia untuk bayi baru. Pengalaman semasa mengandung bagi saya tidak berapa indah. Akan tetapi, bila lihat keputusan tadi, satu baris sahaja? Hati jadi hiba. Satu perasaan kecewa melanda.

Pelik.

Sangat pelik.

Apapun petang ini saya sudah kembali sediakala. Sekurang-kurangnya saya tahu buncitnya perut ini bukan kerana mengandung. Mungkin diri menggemuk atau mungkin sebab lain.

Ah, kembali risau semula pula.

:p

Advertisements

2 thoughts on “Peliknya Wanita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s