Lu’lu Wal Marjan

Tahukah anda apa itu Lu’lu Wal Marjan? Lulu Wal Marjan ada disebut didalam Al-Quran. Terjemahan terus bermaksud mutiara dan batu karang. Cuba bayangkan kilauan mutiara dan keindahan batu karang.

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ
22. Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
23. Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?

Lu’lu dan Marjan merupakan 2 jenis batu permata yang disebut dalam Al Quran bagi menggambarkan bidadari di dalam syurga (merupakan makhluk Allah yang sangat patuh kepada perintah Allah tanpa sebarang penderhakaan).

Siapa yang tidak mahukan anak yang taat kepada Allah? Namun dizaman ini, dimana hiburan tidak terkawal dan berleluasa, pertandingan nyanyian berleluasa, anak-anak sangat mudah terjerat degan kacah hiburan duniawi ini.

Atas kesedaran ini, Isma’ Melaka akan mengadakan satu sesi ujibakat pencarian Lu’lu Dan Marjan di Tadika Al-Fateh pada 19 Mac 2011 ini.

lulu wal marjan

Diambil dari laman web Isma’, program ini bertujuan memberikan alternatif kepada para ibu bapa untuk mencari aktiviti sampingan yang Islamik untuk anak-anak mereka yang masih di peringkat kanak-kanak. Program ini menekankan pembinaan aqidah, akhlak serta bakat dan keyakinan diri untuk anak-anak menjadi role-model yang Islamik.

Yuran penyertaan ujibakat hanyalah RM5 sahaja bagi setiap anak-anak. Jadi, jika khaliah muda anda mempunyai bakat menghafaz, bercerita, berpidato, bersyarah, menyanyi, bermain alat muzik, bertaranum, berlakon dan lain-lain, bawalah mereka supaya bakat ini boleh digilap.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah lawati laman web Isma’. Sayang sekalu Umar tidak minat dan adk-adiknya kecil pula. Kalau tidak memang saya bawa sahaja.

Ini juga boleh jadi aktiviti homeschool yang menarik.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s