Aktiviti Cuti Sekolah WAHM

Cuti sekolah telah bermula dan aktiviti hari pertama cuti persekolahan anak-anak adalah bermain dan tidur di rumah sahaja kerana ibunya pengsan seharian.

Hujung minggu kepada kebanyakkan orang seolah-olah permulaan minggu bagi saya. Sebagai seorang WAHM, saya mula bekerja pada hari Jumaat sehingga hari Sabtu. Tetapi minggu ini, saya ada kerja tambahan kerana membuka booth di Politeknik Merlimau.

hamzah belajar sunnah nabi

Alhamdulillah, walaupun crowd tidak ramai, akan tetapi saya rasa masa dan wang yang saya laburkan tidak sia-sia. Tujuan utama untuk mencipta awareness bahawa wujud satu alternatif bahan bacaan dan permainan untuk anak-anak Muslim. Selain itu saya juga membuat aktiviti pemasaran bagi program playgroup saya yang akan dikembangkan ke kawasan Merlimau pula.

Sambil-sambil itu, dapat juga memberikan pengalaman berjualan secara langsung dengan pelanggan dan juga mendedahkan kehidupan dan pekerjaan baru saya kepada anak-anak. Hamzah mengikut saya berniaga pada hari pertama dan saya beritahu kepadanya, berniaga adalah sunnah nabi kerana Nabi Muhammad s.a.w adalah usahawan dan peniaga yang berjaya dahulu.

🙂

alimkids playgroup melaka di taman buaya

Hari Sabtunya, saya membawa anak-anak ALIMKIds Playgroup bermain di Taman Buaya. Seronok sungguh saya rasa. Harap-harap para ibubapa pun berkongsi pendapat dengan saya juga. Asalnya hendak bawa anak-anak itu semua berjalan-jalan di sekitar taman buaya sebelum mandi manda, tapi saya rasa (atau mungkin anak saya sahaja kot) kebanyakan anak-anak belum mandi pagi, jadi baik juga mereka mandi dahulu. Lagipun lebih baik mandi awal-awal sebelum kolam didatangi ramai pengunjung. Nanti airnya tidak bersih lagi.

Saya ambil peluang bermesra dan bertukar pandangan dengan ibu-ibu kepada anak-anak ALIMKids Playgroup Melaka. Selalunya kami berkomunikasi sewaktu playgroup sahaja. Selepas itu semua bergegas pulang menyelesaikan tugasan tertunggak.

Balik dari aktiviti playgroup, saya terus pengsan dari 7 petang hingga keesokkan harinya. Nasib baik diberikan keuzuran syarie. Terjaga juga malam tu teringat belum solat, tapi bila teringatkan cuti, terus sambung hingga kepagi.

Hari Ahad, badan sudah refresh. Sambung berniaga di Poli hari terakhir. Mulanya ada sedikit kehampaan melihatkan tiada pengunjung luar. Niat hendak tutup kedai sahaja, tapi dek kerana dah sampai, saya teruskan sahaja. Alhamdulillah, ada juga rezeki saya dan kawan-kawan pada hari itu. Walaupun tidak banyak, tetapi setiap satu jualan yang berjaya adalah satu kepuasan. Saya bersyukur tidak terhingga kepada Allah swt kerana memberikan kesihatan dan kekuatan untuk berniaga. Oh tidak lupa juga kepada suami kerana menjagakan anak dan membawa mereka ke 2 kenduri kahwin.🙂

sawda dan nenek

Malamnya pula ada kenduri dirumah emak. Semua adik beradik berkumpul. Tak siapa pun terkecuali. Seronok betul. Lebih seronok lagi kerana itu kenduri meraikan ibu yang hendak berumrah 2 minggu lagi. Tak sabar hendak menunggu giliran saya pula. Wangnya sudah ada, cuma menunggu kelapangan masa suami sahaja. Harap-harap saya tidak perlu tunggu lama lagi. Rindu sangat rasanya.

Kami balik kerumah malam semalam juga kerana rumah mak yang kecil tidak mampu menampung kesemua kami disana. Sampai dirumah, saya tidur hingga ke pagi. Tidak cukup dengan itu, sambung lagi dari tengahari lajak ke petang. Ya Allah, entah apa masalah saya sehingga itu sahaja yang jadi agenda aktiviti anak-anak yang bercuti ini.

Oleh itu, saya merancang esok hendak bawa anak ke Taman Rama-rama. Mungkin juga nak bawa anak-anak buah sekali, mesti seronok cuma khuatir tak cukup sabar hendak melayan 5 orang kanak-kanak yang julat umurnya dari 10 tahun hingga 2 tahun itu. Pening juga kepala agaknya.

Minggu ini ALIMKids bercuti sebelum memulakan modul baru minggu hadapan, jadi banyak lagi perancangan boleh dibuat untuk anak-anak. Tapi esok pun dah hari Selasa. Aduhai Saleha, cepat betul masa berlalu.

Apa pula pelan anda? Kongsi-kongsilah ya terutama yang berada di Melaka ni. Mana tahu boleh kita joint venture nanti.

🙂

4 thoughts on “Aktiviti Cuti Sekolah WAHM

  1. adat berniaga wa..kadang2 byk melimpah ruah ..kdg2 tak de langsung. tapi brp byk pun rezeki i sentiasa ingat ckp kwn i bila berniaga ni jgn merungut jgn menolak

    • betul. dan dari pengalaman, kalau rugi pun jangan risau sebab tu semua pengalaman. cuma kena pastikan belajar dari pengalaman dan kesilapan la kan.🙂

  2. assalammualaikum~
    bukan senang kita nak memperkenalkan perniagaan kita…tapi tak per…baru permulaankan…kuatkan semangat yang penting kita ikhlaskan~:-)
    good luck!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s