Tips Menanamkan Kesyukuran Kepada Anak

Saya baru selesai menonton satu video pembukaan NIght of Gratitute CUCMS. Terkesan seperti biasa.

Sila klik sini jika hendak tengok videonya.

Apapun, saya ingin berkongsi satu tips untuk mengajar dan menanamkan sifat bersyukur kepada anak-anak.

Tips ini saya tidak ingat dimana saya baca atau dengar, tapi memang saya sudah mempraktikkannya beberapa lama dan Alhamdulillah nampak kesannya.

Setiap hari, saya minta anak-anak senaraikan 3 atau 5 perkara yang menggembirakan mereka. Senarainya boleh jadi macam-macam.
Ada hari senarainya berbentuk begini:

1. Dapat PSP.

2. Dapat jalan-jalan Mahkota Parade

3. Dapat makan ais krim

Ada juga hari-hari yang lain, seperti hari ini, senarai Hamzah adalah seperti ini:

1. Dapat duduk rumah

2. Dapat main dengan abang hamzah

3. Dapat minum susu

Mulanya saya pun tidak perasan impak dari soalan saya itu, tetapi kebelakangan ini, Hamzah pula sering bertanya saya soalan yang sama?

“Mak gembira tak hari ni? Kenapa mak gembira?

Saya kira ia satu amalan yang mudah dipraktikkan dan membawa kesan yang baik kepada anak-anak. Kerapkali kita mendengar orang (serta diri kita sendiri) mengeluh kerana tiada sesuatu yang kita inginkan. Lantas keluhan itu mendatangkan perasaan marah dan sedih kepada orang yang tidak dapat memberikan kita kehendak kita itu. Silap-silap, kita kufur pula kepada Allah s.w.t kerana tidak menysukuri nikmat Nya.

Selain menanamkan sifat bersyukur, kita juga dapat mengajari anak-anak bahawa kegembiraan itu datangnya dari diri kita sendiri. Kita yang mengawal sama mahu gembira atau mahu bersedih dan bermuram durja.

Well, happiness lies within!

Happy Saturday peeps.

One thought on “Tips Menanamkan Kesyukuran Kepada Anak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s