Bila nak cuti sekolah semula ni?

Hari ini anak-anak sudah mula bersekolah. Nampaknya mereka OK sahaja. Bangun pagi pun tak ada lah liat atau malas. Yang peliknya, maknya ni entah kenapa sudah mula nak cari takwim persekolahan 2011. Bila pula cuti seterusnya.

enjit enjit semut

Rancangan homeschooling saya belum berjaya. At this rate, saya pun risau tengok diri sendiri. Kelas mengaji pun seminggu bercuti dek kerana budak-budak bercuti. Buku memang tak sentuh kecuali semasaUmar buat kerja sekolah dan juga susun beg semalam.

Saya rasa, seminggu lepas saya yang terlebih gembira daripada anak-anak yang bercuti. Bagaimana saya tidak gembira? Tidak perlu bangun pagi-pagi untuk siapkan sarapan dan siapkan anak-anak ke sekolah. Tak perlu cucu baju sekolah dan jemur dan gosok dan pakaikan dan cuci dan jemur dan gosok dan pakaikan dan….

taman buaya

Kami boleh pergi ke mana sahaja kami mahu pada bila-bila masa sahaja. Bila saya kata tidak buka buku tadi, tidak bererti anak-anak tidak belajar langsung. Sepanjang cuti, kami ada menghabiskan masa di beberapa tempat bersejarah dan menarik di Melaka. (Nasib baik memang duduk Melaka.🙂

Awal cuti persekolahan, kami pergi Taman Buaya. Mandi manda bersama kawan-kawan, itu ilmu bersosial bukan? Ramai orang risau kalau anak tidak sekolah akan jadi kera sumbang? Siapa kata? Salah tanggapan itu. Mereka boleh berjumpa dengan lebih ramai orang dan lebih banyak ragam.

Kemudian mereka melawat rakan-rakan reptilia di Taman Buaya. :))

hamzah and nafiz

Hari Ahad, ada kenduri di rumah emak. Boleh pula ajar mereka mengenai saudara mara dan adab berkenduri. Salah satu plus point bersosial lagi.

muzium samudera tldm

Hari Selasa kami bawa Hamzah dan Sawda serta Ayman (anak buah) ke Muzium Samudera. Beli tiket untuk muzium itu, dapat lawat 3 muzium lain. Dapat juga naik Menara Taming Sari. Hampir-hampir sahaja mahu naik Duck Ride (tak ingat nama pula) tapi dek kerana tidak tahan panas mentari, kami batalkan sahaja niat itu.

Malamnya jalan-jalan Jonker Walk. Tapi sayang, rupanya pasar malam di Jonker Walk hanya dibuka pada Hari Jumaat dan Sabtu ya.

baskin robins 31

Esoknya jalan-jalan di Mahkota Parade. Mengidamkan buku baru. Tapi tidak beli apa-apa, sebaliknya cuma belanja mereka makan di Baskin Robins 31. Sekali sekala menikmati ais krim mahal, tapi rupanya anak-anak ni tak tahu pun bezanya ais krim mahal dan murah. Mudah rupanya nak gembirakan mereka.

ais krim sirap homemade

Ais krimnya dah habis, tinggal air batu je lah.

Jadi bila mereka minta ais krim lagi selepas itu, saya ajak mereka buat ais krim Malaysia. Hehe. Tapi sebenarnya air sirap buatan sendiri di sejukbekukan dalam ice tray. Walla, jadi ais krim.

Pada hari jumaat pula, suami mengajak kami ke Pusat Sains Negara. Ingatkan Karnival Dinosaur tu habis 31 Mac 2011 rupanya 31 Mei 2011.🙂 Sahabat-sahabat Malaysian Homeschool Network pula ada yang kata PSN tutup pada hari Jumaat. Aduh, dah sampai n, apa nak buat jika tutup?

pusat sains negara

Alhamdulillah rupanya dibuka setiap hari pada Musim Cuti. Memang seronok sakan, cuma sayang sekali ramai orang, terpaksa pula berebut-rebut hendak mencuba pelbagai bahan pameran.

Hari-hari terakhir cuti, kami habiskan dirumah sahaja. Kadang-kadang tidak berbuat apa-apa pun satu pelajaran juga yang perlu dipelajari. Bukanlah bermakna duduk diam membuang masa. Dan keputusan meletakkan rak buku di ruang tamu adalah salah satu keputusan bijak yang saya ambil kerana anak-anak jika di ruang tamu sahaja memang situlah tempat dituju.

Jadi, rasanya tidak kesekolah bukanlah satu perkara yang buruk. Siapa setuju, angkat tangan.

Oh lupa hendak cerita, ini adalah cuti persekolahan anak yang pertama dengan saya berada di rumah sepenuh masa. Cuti akhir tahun dulu pun saya tidak bekerja juga, tapi waktu itu masih ada majikan. Jadi hati ini tidak tenang.

Alhamdulillah, setakat ini, walaupun kadang-kadang masih dihantui persoalan “kenapalah aku berhenti kerja?” (yeah, it was a tough decision until now, and i had to justify everytime the question arises), tapi insya Allah, ia bukan keputusan yang saya kesalkan.

Insya Allah.

Jadi, kembali semula pada persoalan tadi, bila nak cuti sekolah lagi nih?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s