Cubalah dan rasai kelazatannya

Semalam sempat mendengar ulangan motivasi pagi IKIM selepas Maghrib dalam perjalanan balik dari rumah mak.

Saya sempat dengar hujung-hujungnya sahaja, tetapi kadangkala bila kita dengar yang sedikit itulah yang kita dapat kebaikannya. Saya sudah cuba, jadi apa kata anda pula cuba dan kita berkongsi pengalaman anda.

Saya kira topik semalam adalah mengenai solat dan merasai kelazatan solat. Tips yang satu itu adalah, bernafas 3 kali.

Selepas ambil wudhu, sebelum mengerjakan solat, cubalah bernafas tiga kali sebelum berniat.

Selepas baca Al-Fathihah, bernafaslah tiga kali baru disambung dengan surah seterusnya.

Selepas ruku’ sebelum iktidal, bernafaslah tiga kali.

Selepas iktidal sebelum sujud, bernafaslah tiga kali.

Dan seterusnya.

Malam itu, dalam keperitan migraine, saya mengerjakan solat Isya’.

Saya cuba tips nafas 3 kali. Saya terasa benar perbezaannya.

Yang dapat saya kongsikan adalah, dengan mengambil masa bernafas 3 kali (secara natural, bukan seperti tarik nafas semasa bersenam itu ya), kita sebenarnya menenangkan diri kita. Konsentrasi akan bertambah. Fikiran akan terfokus kepada pekerjaan kita diwaktu itu. Pergerakan menjadi lebih tersusun tanpa kelam kabut.

Dengan itu, insya Allah, khusyuk bisa hadir dalam solat. Saya tidak kata saya solat khusyuk, siapalah kita hendak mengakui dan mengiktiraf kekhusyukan solat kita sendiri, tapi bukankah khusyuk dalam solat sesuatu yang kita semua idamkan?

Jadi cubalah.

Rasailah.

Dan kongsilah bersama dengan orang lain.

Semoga tips yang satu ini membawa kebaikan kepada kita semua.

4 thoughts on “Cubalah dan rasai kelazatannya

  1. Akak sempat dgr masa dalam perjalanan ke pejabat.

    Betul,

    ada kelazatan di situ. Mari kita sama2 istiqamah dalam mengamalkannya.

    • kadang-kadang terlupa juga. kepala asyiklah sangat dengan hal-hal dunia yang tak habis-habis kan kak? bila tersedar, tarik nafas dan mulalah fokus semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s