Me Spik No Ingris

Semalam saya bawa Umar ke Hospital untuk cek kakinya. Seorang sakit, satu rumah tak sekolah. :))

Umar kerap sangat mengadu kakinya sakit. Tak tahu bagaimana nak explain, tapi saya jangkakan dia seolah-olah lenguh. Biasanya saya sapu minyak dan pakaikan stoking. Namun kerana sudah terlalu kerap, saya pun rasa ada keperluan untuk bawa berjumpa doktor.

Kami pun pergilah ke Hospital Pantai. Niat asal hendak berjumpa Dr. Lim, tetapi kliniknya tutup pula. Jadi saya pun bawa ke Dr. Datin Athi. Takut sebenarnya. Garang dan strict doktor ni. Tapi saya tahu dia serious dalam menjalankan kerjanya. Lagipun dia ada rekod Umar kerana dia memang paeds Umar dari dahulu.

Alhamdulillah, dari ujian darah untuk athritis dan CPD (? tak pasti apa nama ujian tu), Dr. kata Umar ok. Cuma jika jadi lagi, kenalah bawa untuk pemeriksaan lanjut.

Masa hendak bayar, pembantu klinik itu bertanya pada saya samada saya bekerja?

Seperti biasa, saya jawab sahaja tidak. Surirumah sepenuh masa. (Part ni nanti entry lain saya cerita kenapa saya tidak rajin promote kerjaya baru saya).

Pelik dengan soalan itu, saya pun bertanya kembali kenapa dia bertanyakan soalan tersebut.

“You speak english so well.”

I am flattered, thank you for the compliment. Tapi kenapa ya ada typical mindset disitu?

Sebelum saya pun ada seorang wanita (baca: mengamuk) di Klinik tersebut. Dan sepanjang amukannya itu, dia berbahasa inggeris sahaja. Tapi wanita tersebut memang ada gaya orang berkerjaya. :))

Mungkinkah satu perbandingan telah dibuat disitu? Hehe

Pada saya, surirumah atau pun berkerjaya, seorang wanita mestilah hebat serba serbi. Bukankah dia guru pertama kepada anak-anaknya?

Kawan saya, kak Sue Aleen kata, “Me Spik No Ingris”.

Alah, saya tahu dia pun bukan calang-calang orangnya.

Bukanlah jua bermaksud jika tidak boleh berbahasa Inggeris, anda tidak hebat. Setiap orang yang saya kenali, ada sahaja kelebihannya. kadang-kadang boleh buat kita pula rasa rendah diri.😉

Apapun, saya bersyukur juga dengan peristiwa semalam. Bukan bersyukur kerana dipuji, tetapi dek kerana soalan itu saya dapat satu idea yang boleh dikerjakan.

Harapnya tidaklah terhenti ditengah jalan.

Oh, kawan saya seorang lagi, Anita Adnan, ada memberikan perkhidmatan mengajar Bahasa Inggeris Secara Online (Skype). Details saya tidak pasti lagi, tapi nanti bila sudah diwarwarkan, saya akan maklumkan disini ya. Anita kini berada di Uni of Nottingham, sedang menghabiskan phD.nya.

Insya Allah.

6 thoughts on “Me Spik No Ingris

  1. certain tempat mmg mcm tu..
    mcm aku ni yg keje mcm ni.. bila masuk tempat awam.. tak kisah la klinik ke spital.. diorang mmg treat aku mcm org tak abih sekolah je.. ye la, gi sana pakai sempoi2 je.. tp once nampak aku isi form tulih aku keje apa.. or pegi sana pakai smart2 lawa2, br diorang nak treat lain..
    penah sekali kat spital, beria2 diorang nak explain term2 in english.. takut aku ni mcm makcik2 yg tak paham.. sampai aku kene buat attitude, terus speaking ngan diorang ckp yg aku paham, aku graduate.. br la takde diorang ajar aku nak faham bende yg diorang ckp.. mcm bebaru nih, masa aku warded, bila diorang tau adik aku doc kat situ, br diorang nak respect.. takde la buat mcm aku ni org ala2 ulu tak paham apa..

    nak suh baca form dlm bahasa eng pun beria nak ajar aku weh.. hehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s