Keuntungan perniagaan yang semakin berkurang?

Program Alimkids saya akan bermula 2 jam lagi hari ini. Tapi saya masih dirumah. Jika hari Sabtu biasa, saya pasti sudah dijalanan menuju ke Tadika Al-Fateh.

Jadi apa yang luar biasanya hari Sabtu ini? Setelah 2 modul, bilangan peserta playgroup semakin berkurang. Alamak apa jadi? Sepatutnya makin lama makin ramai peserta, ini semakin sedikit pula. Jangan-jangan gulung tikar nanti.

Ahaha, janganlah doakan yang bukan-bukan, insya Allah saya tidak risau. Ada beberapa ibu bapa yang tidak boleh memberi komitmen menghantar anak mereka ke playgroup lagi. Ada yang berpindah, ada yang sambung belajar, dan pelbagai asbab lagi.

Itu memang risikonya. Saya sudah bersedia dengan itu. Walaupun pendapatan dijangka berkurangan, tetapi kepada saya ia membuka peluang baru. Allah lebih mengetahui dan setiap aturanNya kan kepada yang lebih baik?

Sekurang-kurangnya saya tidak perlu bergegas-gegas lagi pagi-pagi ini. Kurang sedikit adegan jerit menjeri mengarah anak mandi jika mahu ikut atau adegan menangis-nangis kerana ditinggalkan.

Dengan kekurangan itu juga, saya akan terdorong untuk mencari peluang baru dalam perniagaan ini. Maka, saya akan mulakan kelas di Merlimau pula. Insya Allah, jika mendapat sambutan selepas sesi preview percuma 3 April nanti.

Saya juga ditolak untuk menjadi lebih kreatif dalam urusan perniagaan online saya ini. Mempelbagaikan produk barangkali, atau berusaha menterjemahkan bilangan pageview kepada transaksi.

Apapun yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Yang pasti, ini adalah rezeki dari Yang Satu. Cuma jangan putus asa, dan usaha lebih kuat.

Lain kali saya akan ceritakan pelbagai kesilapan saya dalam perniagaan yang baru berusia 5 bulan ini. Banyak sekali. Ada yang mengakibatkan kerugian kepada saya. Namun, kekuatan dalam setiap kesilapan adalah pengalaman dan pengajaran disebaliknya. Yang rugi adalah mereka yang tidak belajar dan terus menerus melakukan kesilapan itu.

Saya tidak mahu terus terusan bercerita yang manis-manis sahaja dalam perniagaan. Cerita sebegitu banyak diceritakan oleh usahawan lain. Disini anda boleh dapat cerita pahit yang manis jua akhirnya, Insya Allah.

Ok, saya sudah mahu bersiap ke ALIMkids. Tak sabar rasanya hendak jumpa anak-anak saya itu.

Selamat berhujung minggu!

2 thoughts on “Keuntungan perniagaan yang semakin berkurang?

  1. ^dalam bisness pasti ada jatuh bangunnya^ pasti ada hikmah disebaliknya..buatkan hati kita lebih kental dan ingin terus berusaha…jangan putus semangat>>>chaiyok2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s