Ijazah yang sia-sia kerana tidak bekerja mengikut bidang

Saya ni diawang-awangan. Tidak tidur dari jam 12 pagi tadi. Memang sudah rasa tidak tahan, tetapi masih mahu berblog lagi.

Kenapa tidak tidur? Semalam balik dari berjalan-jalan (baca: makan nasi arab di DIMA, kemudian pasang pemijak kereta di Malim, melawat ayah di Bandar Hilir) terus tertidur. Itu pun dek kerana perlu menyusukan Sawda.

Jam 12 terjaga kerana teringat belum solat Isya’. Dalam pada itu, teringatkan blog template BYC yang ditinggalkan kerana keluar petang semalam.

Saya ada beberapa kepantangan, salah satunya ialah pantang mula menggodek sistem/blog dan sewaktu dengannya. Jika sudah mula, memang sukar berhenti.

Itulah sebabnya saya tidak tidur sehingga kini. Alhamdulillah berjaya juga tukar template dan pasang apa yang patut seperti kotak ‘LIKE’ fanpage. Saya juga berjaya pecahkan blog dan juga lama utama untuk Online Shop BYC. Sudah lama mahu buat, tapi tidak ada dorongan.

Baru-baru ini, saya ada berbual dengan seorang rakan yang kerjanya membina aplikasi bagi fanpage. Katanya, jika saya ada RM699, saya sudah boleh upah dia buatkan page untuk BYC. Hmm..memang menarik profil page yang pernah dibina, tetapi mana saya ada wang sebanyak itu untuk page sahaja. Dalam keadaan sekarang, modal pusingan perlu didahulukan.

Kemudian fikir-fikir lagi, saya kan budak Sains Komputer, graduate 2nd Class Upper lagi (riak kah? Astagfirullah). Takkan perkara mudah macam ni pun perlu beri kepada orang?

Kelmarin saya mulakan pencarian shopping cart di facebook. Terjumpa satu. Cuba pasang dan gunakan, wah mudahnya. Tetapi satu sahaja isunya. Pembayaran hanya melalui paypal.

Dalam pada pening-pening lalat, suami saya pula rupanya tolong mencarikan aplikasi lain. Alhamdulillah, dia lebih cekap. Jumpa satu aplikasi yang sangat cun, mudah, ringkas dan berkesan. Hasilnya, pagi semalam dapat dua pesanan dari shopping cart itu.

Silalah lawat kedai online baru Brainy Young Caliph, serta blog BYC yang sudah dipisahkan. Oh, jangan lupa juga ‘LIKE’ fanpage BYC di http://facebook.com/byc.com.my

Allah memang maha berkuasa. Diberikan rezeki berupa idea, suami yang bijak dan rajin, serta transaksi jualan yang berjaya.

🙂 Alhamdulillah.

Jadi, walaupun secara langsungnya saya sekarang usahawan yang menjual produk ECE (Pendidikan Awal Kanak-Kanak), tapi pengetahuan yang saya perolehi semasa belajar di USM dulu tidak disia-siakan. Siapa kata kalau belajar satu bidang itu perlu juga kerja dalam bidang tersebut sahaja?

Ilmu itu luas dan inter-connection. Pasti ada kegunaannya, jadi jangan risau hendak beralih bidang.Oh nak tidurlah sekejap, sementara anak-anak di sekolah.

p/s: ditujukan juga entri ini kepada Cik Puan Mommy Lyna kita yang sedang berpantang (tetapi kepala dan jari-jemari masih ligat). Tepuk dada tanya selera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s