Pernikahan memang aneh tetapi penuh hikmah

Seperti yang ramai tahu (jika anda kenalan saya di facebook atau twitter), hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke 8. Cepatnya masa berlalu, diam tak diam sudah 8 tahun kami bersama.

Semasa bernikah dulu, saya belumpun 23 tahun. Namun kini, angka depan pun sudah berubah. Anak pun sudah 3. Tanda diri ini semakin hari semakin tua. Harap-harapnya penuaan itu datang sekali dengan kematangan fikiran juga.

Semasa belajar, saya pernah ‘berkawan’ dengan seorang jejaka. Kawan dari sekolah, tetapi baru berhubung semula selepas kami sama-sama melanjutkan pelajaran di USM. Namun kami tidak pernah berada di kampus yang sama. Semasa dia Pulau Pinang, saya di Kulim. Apabila saya berpindah ke Pulau Pinang pula, dia di Perak.

Perhubungan jarak jauh itu seringkali dilanda badai. Dalam persahabatan lebih kurang 4 tahun itu, sudah tentu banyak kali kami bertengkar. Putus hubungan pula tidak usah cerita. Sekejap putus, sekejap sambung.

Kebanyakan masa, saya seringkali terfikir, bagaimana jika kami bernikah nanti. Tidak bosankah kalau setiap hari bangun dan lihat wajah orang yang sama? Nak tidur pun muka dia juga. 24 jam sehari. 365 hari setahun, bertahun tahun lamanya?

Persoalan yang sama turut timbul apabila saya memikirkan tentang kehidupan bekerja. Aduh, tidak bosankah setiap hari kena bekerja? Rutin yang sama, bangun pagi, pergi kerja. Balik kerja. Besok pergi lagi.

Ditakdirkan jodoh kami tiada. Jangan tanya kenapa dan bagaimana saya memilih untuk berkahwin dengan suai saya ini, sesungguhnya saya tiada jawapannya. Dan sebetulnya, saya boleh kata, jodoh itu memang sudah ditentukan Allah.

Dari tempoh perkenalan, sehingga bertunang dan ke jinjang perkahwinan tidak sampai setahun. Baru seminggu bernikah, kami bergaduh buat kali pertama. Saya ingat lagi, waktu itu dalam kereta. Bergaduh pun kerana orang lain (bukan orang ketiga).

Siri perkelahian dan gaduh-gaduh manja kami selepas itu tidak pula saya kira, namun cukup untuk mengatakan, kami sama seperti orang lain. Alahai, sedangkan lidah lagi tergigit. Merajuk, silent treatment, keluar dari rumah, kejar-mengejar kereta memang macam-macam ada.

Tetapi yang anehnya, persoalan mengenai kebosanan dengan pasangan tidak pernah timbul. Masa bergaduh memanglah hati ini sakit, pandang sebelah mata pun tidak mahu. Tetapi bila baik, orang itu juga yang kita cari selepas itu.

Saya kira, itulah hikmah perkahwinan yang disarankan oleh Rasulullah s.w.t..

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, `Barangsiapa yang tidak,mahu mengikut sunnahku maka dia bukan daripada aku’.

Dan saya juga bersyukur kerana dijodohkan dengan suami saya ini. Beliau mungkin ada kelemahan dan kekurangan, tapi apa kurangnya saya. Yang saya cukup pasti, kami boleh melengkapi diri masing-masing dengan kelebihan dan kekuatan kami.

Saya berdoa supaya kehidupan kami sekeluarga dilimpahi rahmat dan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Dengan doa sahabat-sahabat sekalian, harapannya turut menjadi doa buat kami memgapai keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.

Oh, persoalan jika saya akan bosan atau tidak bila bekerja itu pun saya sudah dapat jawapannya. 8 tahun bekerja, 4 tempat kerja, akhirnya sisini saya, cuba menjadi suri ummah (cedok dari kak Aliza Yunus).

Insya Allah.

hasbullah pit for contact picture

Selamat ulangtahun pernikahan kita, sayang.

Jawapan beliau nanti, “sayang je?” LOL.

12 thoughts on “Pernikahan memang aneh tetapi penuh hikmah

  1. Waaaa still at awe looking at the number 23, oh its not-yet 23 eh. Haha.
    Happy anni sis. May it last happily ever afterπŸ™‚

  2. happy anniversary…. seronok tgk sahabatku bahagia..πŸ™‚
    8 thn lepas ekk kami beramai2 serbu rumah mak ko.. ingat lg masa tu..πŸ™‚
    berckp psl jejaka yg mula2 ko tulis, aku totally dah lupa siapa, nama, rupa.. hahahah.. mmg dah tua aku neh.. yg aku tau, sama species gak la ngan ‘kwn lama’ ku dulu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s