Cerminku Pecah Seribu

Sudah sekian lama mata ni sakit melihatkan rumput yang panjang disekeliling rumah saya. Khuatir pula nanti mengundang haiwan yang tidak diingini.

Jadi saya minta bantuan seorang pakcik untuk potongkan rumput rumah saya. Pagi ini dia datang. Separuh jalan, saya keluar hantarkan air. Dalam pada itu, terdetik hati saya hendak mengalihkan kereta. Tidak tahu dari mana idea itu datang. Tapi ia cuma terdetik di hati dan tidak dilakukan.

5 minit selepas itu, pakcik ini panggil saya dari luar. Mukanya agak risau. Rupanya cermin belakang kereta saya pecah terkena batu agaknya.

Dalam situasi biasa, saya pasti sudah marah (dalam hati), serta risau dan sedih. Marah kerana hendak kena kerja lebih untuk urusan penggantian cermin kereta. Risau kerana dimana hendak dicari wang nak ganti cermin itu. Sedih kerana kereta saya yang kena.

Namun, mungkin berkat duduk berlamaan dirumah dengan anak-anak dan perangai mereka yang bermacam-macam, saya seolah-olah telah terlatih dan dilatih untuk terima sahaja situasi itu.

Jika saya marah, masih juga saya kena buat kerja itu.

Jika risau, bukannya wang turun dari langit.

Jika sedih, oh kesianlah mak saya nanti turun flight tengok muka saya sedih kerana cermin kereta sahaja.

Kita yang kawal perasaan kita, fikiran kita dan juga emosi kita.

Biarlah cermin itu pecah seribu. Pasti ada hikmahnya.

Suami saya kata cermin kereta esok baru sampai. Beliau sudah tanya kepada bengkel kereta. Saya juga sudah bertanya pada Rike Cool. Perlu bayar RM250 sahaja (sahaja??).

Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya rumput rumah sudah pendek dan tidak sakit mata lagi.

🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s