Guna tangan pun boleh

Tiba-tiba hari ini saya teringat tweet dari Tok Rimau mengenai budak-budak Sekolah Berasrama sekarang yang tidak cool lagi kerana mesin baju dan dobi disediakan di sekolah.

Tidak seperti zaman kami dahulu, Dobi pun kena hantar ke luar. Thamby Dobi yang ambil setiap selasa atau rabu (tidak ingat).

Mesin basuh? Jauh sekali lah kan.

Favourite pastime saya adalah basuh baju. Jika stress lebih saya suka membasuh baju. entah kenapa saya dapat ketenangan dan kelegaan dari aktiviti itu. Sambil membasuh, sambil pakai walkman.

Memang keluar dari dunia sebenar, masuk dunia sendiri.

Selepas kahwin, kami tinggal di rumah ibu mertuaku. Dirumahnya ada mesin basuh, tetapi manual. Tidak saya selesa menggunakan mesin itu, seolahnya tidak bersih rasanya.

Sombong kan? Yelah, waktu tu pun tinggal berdua. Cuma perlu basuh baju saya dan si dia sahaja.

Lantai rumah pula selalu banjir kerana longkang luar lebih tinggi dari bilik air, jadi bila hendak membasuh, saya basuh di sinki.

Ilmu yang saya dapat dari sekolah asrama dulu.

🙂

Hingga sekarang pun saya masih lagi basuh baju di sinki, tapi bukanlah selalu. Bila-bila sakit pinggang menyerang, dan hendak cepat, sinkilah jawapannya.

Cool-kan?

Haha.

Saya pernah menyuarakan pada suami saya, jika hendak renovate rumah nanti (entah bila), saya mahukan tempat basuh baju berpara. Tak payahlah nanti saya duduk membongkok ke lantai semasa hendak memberus baju.

Tapi sebab belum rumah ini belum jadi ana yang punya, dan belum ada ura-ura nak renovate rumah pun, kita teruskan sahajalah basuh baju disinki dulu ya.

🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s