Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Program

Saya amat bersyukur kerana diberikan peluang dan kelapangan untuk menyertai program Malaysian Breastfeeding Peer Counselor tahun lepas. Saya kira, dengan peluang itu telah membuka lebih banyak ruang kepada saya (dan juga rakan-rakan lain) untuk mendokong dan menyokong penyusuan susu ibu di Malaysia amnya dan juga di kawasan saya secara khusus.

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) adalah adalah jaringan sukarelawan pembimbing Ibu-ke-Ibu (Peer Counselors) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu. Program latihan MBfPC ini telah dikendalikan oleh SusuIbu.com dan sebahagian dana ditaja oleh UNICEF serta mendapat sokongan daripada WABA.

Program MBfPC ini telah bermula pada awal Januari tahun 2010 dengan melatih 19 individu sebagai ‘MBfPC Program Administrators’ yang seterusnya berfungsi untuk melahirkan seramai 125 orang pembimbing Ibu-ke-Ibu yang terlatih menerusi siri program latihan MBfPC yang dijalankan mengikut kawasan (Utara, Selatan, Pantai Timur, Pantai Barat) di Semenanjung Malaysia.

Namun, bukan itu yang ingin saya coretkan kali ini. Rata-rata tahu dan dapat mengaitkan program ini dengan penyusuan susu ibu. Akan tetapi, kesan yang paling signifikan sekali adalah perubahan kepada kehidupan saya dari aspek lain jua.

Sebelum saya menghadiri kursus tersebut, saya masih bekerja di sektor awam sepenuh masa. Walaupun pernah terlintas untuk berhenti dan menceburi perniagaan dan membuat sesuatu yang lebih saya sukai (enjoying life), tetapi saya tidak pernah benar-benar memikirkannya secara serius. Tiada dorongan, dan juga tidak ada keberanian.

MBfPC telah merubah segalanya. Selain menambahkan pengetahuan dan pengalaman dalam kaunseling kepada ibu-ibu dalam komuniti, ia juga menambahnilai diri saya dan menjadi push factor kepada pilihan saya hari ini.

Siapa sangka saya akan betul-betul berhenti tatkala baru sahaja mendapat kenaikan gred dan berada di dalam zon selesa saya?

Siapa sangka saya yang seringkali mengatakan saya tidak betah untuk duduk dirumah sahaja, menghadap anak 24-7 boleh ambil keputusan untuk menjadi suriummah sepenuh masa?

Saya pun tidak sangka.

Hakikatnya, ini memang sudah qada’ dan qadar Allah. Cumanya, takdir saya ini dilorongkan oleh Allah dengan kehadiran saya di Program MBfPC.

Selain saya, ramai lagi rakan-rakan yang saya lihat berjaya meningkatkan diri mereka kepada tahap yang lain dan semestinya lebih bagus. Suhaily kini cuba membina empayarnya dengan LittleBabyVille, Cham sudah mula dengan projek cloth diapers kecil-kecilan, Rose Khadijah dengan GengMama, Suhaili Zabidi pula cuba meningkatkan kesedaran di kalangan penjawat awam dan harapannya di peringkat pembuat keputusan.

Hebat-hebat belaka mereka ini semua.

Saya ambil peluang untuk berterima kasih dengan Puan Kamariah Alwi dan Puan Rita Rahayu serta semua yang menjadi tulang belakang MBfPC (Dr Shikin, Dr Ning, Suria, Jess, Hayatie dll). Besar sungguh kebajikan anda semua kerana merubah hidup ramai wanita diluar sana.

Buat makluman, tahun 2011 ini, akan ada siri-siri bengkel dan kursus Peer Counselors yang akan diadakan.

jadual bengkel malaysian breastfeeding peer counselor 2011

Bagi yang berminat untuk menyertai program-program latihan seperti diatas, sila hantarkan butiran berikut kepada admin@malaysianbfpc.org :

I) nama
Ii) alamat
Iii) nombor telefon
Iv) e-mail
V) Nyatakan secara ringkas kenapa anda berminat menyertai bengkel ini
Vi) tarikh/lokasi bengkel yang ingin disertai.

Kepada wanita diluar sana, ambillah peluang ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai peri pentingnya penyusuan susu ibu kepada masyarakat dan gunakanlah kesempatan itu juga untuk merubah kehidupan kita.

Khidmat masyarakat ini dibawakan secara percuma ikhlas dari saya.

2 thoughts on “Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Program

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s