Fitnah dimana-mana, jangan terlibat sama

Saya sedih dengan media hari ini, tidak mahu baca dan lihat dan dengar, nanti jadi katak bawah tempurung.

Jadi langkah terbaik adalah baca dan baca dan baca segala sumber yang ada dan kupaslah sendiri.

Cuma jangan terus membuat keputusan dan kesimpulan, kerana yang buat berita tu pun manusia. Ada khilafnya.

Dalam pilihanraya kecil Merlimau dahulu, ada ahli keluarga yang terkena fitnah di facebook. Cepat benar orang menjatuhkan hukuman padahal hakikatnya pembuat cerita itu memang dibayar sehari RM100 untuk buat cerita yang bukan-bukan.

Betullah kata Maya Karin, peribahasa jika tiada angin masakan pohon bergoyang sudah tidak boleh digunapakai kerana zaman sekarang ini, kerana dek mulut (atau tangan) seseorang pun sudah boleh bergoncang satu dunia.

Cubalah baca sisi lain kisah mengenai kematian Saiful Syazani yang dikatakan dipukul oleh guru agamanya sehingga mati oleh media.

Saya tidak berpihak dengan mana-mana, kerana siapalah saya hendak membuat hukuman. Tapi pointnya adalah, yang dibaca belum tentu benar kesahihannya.

Yang dilihat pun belum tentu terang.

Yang didengar belum tentu benar.

Linknya di sini, Kematian Adik Saiful, Apa Ceritanya dari laman web rasmi GAMIS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s