Kelas tambahan, perlukah?

Semalam, didalam kereta, anak rakan saya yang saya jemput memberitahu yang mereka ada kelas Bahasa Arab petang nanti. Saya dimaklumkan kelas itu adalah anjuran Smart Reader Merlimau. Wah, Smart Reader pun sudah ada kelas Arab? Bagus ni.

Dari satu sudut pandang, saya suka idea kelas bahasa Arab untuk kanak-kanak di Merlimau. Di sini ada terdapat sekolah rendah Arab. Oleh kerana bahasa pengantarnya bahasa Arab, mungkin ada pelajar yang perlukan kelas tambahan. Jadi lagkah menawarkan kelas tuisyen tersebut memang langkah yang sangat bijak.

Tapi dari sudut pandang seorang ibu, saya tertanya-tanya samada saya perlu memasukkan Umar ke kelas tersebut? Anak-anak rakan saya ini sangat bijak dan pandai. Si adik sekelas dengan Umar. Sering dapat markah penuh atau tertinggi. Umar pula biasa-biasa sahaja. Si abang pula semalam memberitahu dia mendapat tempat kedua dalam kelas.

Jika mereka yang bijak-bijak ini pun mengambil kelas tambahan, jadi saya bertanya sekali lagi, adakah perlu Umar saya masukkan kelas ini juga?

Umar pernah memberitahu saya dia ingin menyambung tuisyennya yang tergendala di Smart Reader. Ya, kami pernah menghantarnya dahulu sewaktu dia berusia 5/6 tahun. Saya pun sudah ingat-ingat lupa. Tetapi waktu itu dia juga yang mohon berhenti kerana cikgu kesukaannya sudah berpindah.

Tapi dia kini sudah boleh membaca. Lagipun saya ada dirumah. Insya Allah pelajaran bahasa Inggeris boleh saya ajarkan. Namun ini pelajaran bahasa Arab, bukan bahasa yang dipertuturkan dirumah atau dimana-mana sahaja. Saya bolehlah faham beberapa patah perkataan atau ayat, tetapi bukan semua.

Entahlah, dia baru darjah 1. Akan begitu, jika tidak diperkukuhkan asas bahasa Arabnya sekarang, mungkin dia ketinggalan.

Jika ditanyakan pada saya, saya lebih gemar jika dia dihantar ke kelas berenang, taekwondo, memanah untuk kanak-kanak (jika ada), dan lain-lain aktiviti kokurikulum. (Ingatan buat diri: mesti beri komitmen untuk cari masa hantar ke kelas berenang A.S.A.P).

Adakah anda akan hantar anak ke kelas tuisyen atau tambahan seawal usia 7 tahun?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s