Perkongsian Malam Jumaat

Malam ini malam jumaat. Orang Melayu seringkali membaca surah Yasin di masjid-masjid atau surau-surau pada malam Jumaat. Namun saya pernah diajarkan bahawa adalah baik jika membaca Surah Al-Mulk juga pada malam jumaat.

Surah Al-Mulk juga disebut Tabaarak bagus diamalkan pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.

Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan “Al-Maani’ah” (Pencegah, penahan dari seksaan) .

Menurut riwayat An-Nasaa’i. Hadis Riwayat At-Turmudzi menerusi Ibnu ‘Abbaas adalah bertaraf Hasan.

“Siapa yang pada setiap malam membaca Tabaarak, adalah dia akan dicegahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla dari seksaan Kubur” Hadis Riwayat An-Nasaa’i menerusi Ibnu Mas’uud.

Jadi dikesempatan yang ada, saya pun membacalah Surah ini tadi.

Kemudian, terdetik pula untuk mencari bacaan “Ana” pada ayat ke 26 dalam surah ini. Ana ini mempunyai tanda, kalau tidak silap saya hanya ada 5 tempat sahaja di dalam Quran yang mempunyai tanda tersebut.

Dalam cubaan mencari kaedah membaca Ana tersebut, saya terjumpa video Darwisya Adriana dan Darwish, anak-anak kepada Puan Mazlina Karim. Anak-anak ini bisa menghafaz surah-surah dalam Al-Quran pada usia 3 tahun.

And look at me, 31 years old and still struggling. 😦

Apapun saya tertarik hendak mengaitkan dapatan saya daripada membaca blog Puan Mazlina dengan pengalaman saya baru-baru ini.

Semalam saya ke sebuah Taska berhampiran dengan rumah saya. Tujuannya hendak menjemput Pengetua Taska tersebut untuk sama-sama hadir ke Preview Percuma ALIMKids Playgroup yang akan saya adakan hujung minggu ini. Semasa menunggu beliau, saya membaca poster-poster dan notis-notis di sekitar taska tersebut. Dalam diri ini agak impressed dengan jadual waktu yang taska itu susun buat anak-anak yang dihantar kesana.

Pada ketika itu, terdetik dalam hati saya, “Kenapalah aku berhenti kerja? Aku masih boleh hantar Sawda ke sini jika aku bekerja. It’s not all bad.”

Bukannya saya berkata demikian kerana saya menghadapi masalah kewangan akibat tidak bekerja makan gaji kini, cuma entah dari mana datangnya kata-kata itu. Mungkin juga saya masih dalam fasa perubahan. Tidak mengapa, itu kita ulas di lain masa.

Berbalik pada kisah menghantar sawda dan kaitannya dengan Puan Mazlina, beliau ada mencoretkan bahawa

Mencorak anak-anak dalam pendidikan, akhlak, sahsiah diri bermula dari rumah, dari kita sebagai ibu dan bapa. Ia bukan bermula di sekolah atau tadika.

Memang ada tadika mahal dan tadika sederhana bayarannya tetapi semuanya sama iaitu mengajar kanak-kanak dalam bilangan ramai dan dalam masa yang serentak! Sedangkan setiap kanak-kanak itu adalah berlainan. Tiada guru yang boleh menandingi seorang ibu yang mengajar anaknya satu persatu dengan sabar hinggalah anak tersebut faham.

Alhamdulillah, ini adalah urusan Allah. Hanya dari surah Al Mulk, kepada youtube dan juga blog Puan Mazlina.

Saya ambil ini sebagai motivasi dan inspirasi kepada saya, buat penguat semangat atas keputusan yang telah saya ambil ini.

Ya Allah, permudahkan urusan kami, di dunia, di alam kubur dan di akhirat nanti.

Amin.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s