Malas ke sekolah

Hari ini saya sendirian menguruskan rumah dan anak-anak. Suami ada urusan di KL. Saya sudah terjaga dari jam 5.30 pagi. Tapi memang hari persekolahan jadual saya bermula lebih kurang waktu itu.

Semua orang sudah ke sekolah kecuali seorang. Ya, Sawda pun ke sekolah, tapi Hamzah yang ada dirumah ni.

Alkisah dia belum selesai menhabiskan kerja sekolahnya. Jadi dia takut kena marah, maka dia tidak mahu ke sekolah hari ini.

Sawda pula sangat-sangat hendak ke sekolah, sudahlah hari Khamis pun saya tidak hantar ke sekolah kerana abang-abang demam. Tidak adil rasanya menidakkan kemahuan dia yang satu ini.

Macam-macam anak-anak ini, serba salah dibuatnya. Saya terus terang sahaja dengan guru hamzah tadi, kalau bohong dosa pula.

Tapi Hamzah dirumah pun bukan buang masa. Sibuk hendak menghabiskan buku latihan prasekolah yang dibeli 2 minggu lepas. Kerja sekolah yang tidak siap itu masih tidak berusik lagi.

Mungkin dia bosan agaknya buat latihan menulis? Tulis sikit sahaja katanya penat. Hmm perlu cari cara untuk kuatkan gengaman tangannya dan ajari dia teknik menulis yang tidak penat.

Satu lagi ilmu baru yang perlu dipelajari hari ini. 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s