Mantapnya

Dua tiga minggu ini keadaan agak lemau dan lemah sahaja. Tidak kira sales ataupun kesihatan diri. Yang lebih dirisaukan adalah keadaan fizikal diri. Badan hendak pakai lama. Kalau rosak tidak ada ganti.

Hendak pergi gym tak ada daya. Keluar dari rumah hanya untuk hal-hal tertentu seperti jemput anak sahaja. Lebih dari itu tak ada. Punyalah malas.

Semalam adalah kemuncaknya. Saya benar-benar rasa tidak berdaya. Asyiklah tidur sahaja. bangun dari tidur pun masih lagi memasang angan-angan hendak tidur semula.

Akhirnya, saya pun nekad mencari tali skipping yang entah dimana letaknya. Biasalah, jarang-jarang guna. :))

Apabila jumpa, saya pun cubalah melompat. Percubaan pertama, 3 kali lompat, rhytm sudah lari. Janganlah bermimpi hendak skip 1 jam seperti disarankan oleh banyak artikel yang saya google.

Paling-paling pun dapatlah 2 minit berskipping, atau 25 kali satu pusingan. Berpeluh-peluh. Saya suka apabila berpeluh. Rasa sihat. Tak tahulah perasaan sahaja atau memang sihat betul-betul. Ahaha.

Namun, malamnya makan pula char kuew tiow jam 10 malam. Aduh. Sudah makan terus tidur pula.

Hari ini tekad lagi. Selepas ajar anak mengaji diwaktu Asar tadi, saya terus mencari tali skipping. Hari ini lebih baik dari semalam. 50 kali skipping satu pusingan. Alhamdulillah. Itu nikmat juga tu.

Kemudian sambung sedikit dengan push up dan sit up. 10 kali sahaja pun setiap satu. Itu pun mengah tak cukup nafas.

Hafrap-harap dapatlah buat sedikit setiap hari. Nanti esok-esok nak ajak anak main lari-lari pula. Badan kita sendiri, kitalah jaga. Nak harapkan siapa lagi kan?

Jom, mantapkan kesihatan diri. Ibu sihat, keluarga bahagia. Insya Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s