Matematik Masalah Melayu

Beberapa hari yang lepas, Umar memaklumkan kepada saya yang dia ada masalah dengan matematik. Katanya, dia tidak suka matematik kerana susah.

Ya Allah, susahnya hati saya. Perkara yang saya takuti sudah berlaku. Sejujurnya, saya sangat lemah dengan matapelajaran matematik. Sejujurnya lagi, saya sangat khuatir jika Umar (atau anak-anak lain) ada masalah yang sama dengan saya.

Tetapi suami saya suka math. Bukan main hebat lagi dia dan matematiknya. Saya pula cukup makan sahaja. Sebab itu saya ambil minor course pengurusan instead of ambil computer engineering (saya pun tak ingat apa subjeknya).

Akan tetapi, saya tidak mahu mengaku kalah sebelum berjuang dengan Umar. Saya tanya kepadanya, apa yang susah bagi dia?

Rupanya, sekarang dia sudah belajar menambah 2 digit. Hmm.

Nasib baik ada ramai rakan-rakan di MHsN yang sangat membantu. Jasmin ajarkan saya teknik touch spot (tapi masih tidak dapat lagi kaedah sebenar sehingga kini). Dia juga perkenalkan saya kepada math Monkey, dan Vedic Math.

Kemudiannya saya pun mula mengoogle kesemua cadangannya. Math Monkey tak ada pula ada tutorialnya di youtube, tapi Vedic Math sangat kool. Saya pun teruja sekali.Sampai tidur lewat belajar math guna youtube.

Kalaulah saya tahu teknik2 kool seperti ini dahulu, mesti saya pun turut sama kool.

Pada pandangan saya yang lemah matematik ini, subjek matematik seperti subjek lain mestilah difahami dengan kukuh dari asasnya lagi. Phobia terhadap nombor yang saya hadapi adalah kerana saya tidak tahu teknik (terutama teknik mudah) dan juga saya cuai.

Menurut Jasmin lagi, Waldorf Education ada mengatakan bahawa matematik juga berdasarkan keseimbangan. Cadangannya adalah supaya saya mengajarkan Umar untuk naik basikal beroda dua. Memang niat sudah ada, lamaaaaaaaaaaaaa, tapinya itulah, niat yang belum terlaksana.

Ainil pun ada memberikan link-link untuk mengajar anak matematik kaedah montessori.

Oleh itu, berusahalah!

Insya Allah, usaha tangga kejayaan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s