e-PCB, e-FPX dan e-filing, e-Pening!

Pening kepala memikirkan perihal cukai pendapatan. Cukai sini cukai sana. Walaupun saya tidak layak dicukai, tetapi menguruskan cukai orang lebih sukar.

Hari ini perlu keluar rumah menguruskan cukai yang tidak selesai. Sudah berminggu-minggu urusannya tertangguh. Saya ingatkan 2 hari lepas, selesai sudah urusan itu. Namun malang sekali semalam saya mendapat panggilan telefon yang saya masih perlu datang lagi.

Sekadar perkongsian bagi sahabat-sahabat yang menguruskan cukai pendapatan di pejabat atau pun syarikat sendiri. Potongan cukai berjadual bagi pekerja sudah boleh dilakukan melalui Aplikasi Online e-PCB. Sudah pasti sebelum itu anda perlu mengaktifkan akaun e-PCB syarikat. Cuma daftarkan akaun dan kemudian hubungi  Pusat Khidmat Pelanggan LHDN di talian 1-300-88-3010 untuk mengaktifkan akaun anda tadi.

Selepas itu, anda pun boleh guna e-PCB untuk menghantar data PCB pekerja anda.

Bagi yang mempunyai akaun perbankan elektronik (e-banking) CIMB, Bank Islam, Maybank dan Public Bank, bayaran boleh dibuat secara online. Agak mudah, tetapi sila dapatkan maklumat caj bagi perkhidmatan tersebut. Dalam kes kami, caj bank lebih mhal dari potongan PCB :))

Usai pembayaran melalui e-FPX, maka selesailah urusan anda. Bayaran PCB bagi bulan semasa hendaklah dibuat sebelum 10hb bulan berikutnya. Kalau tidak, macam biasalah, kena penalti. Wang lagi.

Pembayaran cara lain adalah melalui kaunter bank. Simpan dokumen output.txt anda dalam disket dan kemudian pergi ke CIMB atau Public Bank untuk membuat bayaran. Biasanya bayaran perlu dibuat dalam bentuk cek. Jika di Melaka, mengikut pengalaman saya, Public Bank tidak arif lagi dengan e-PCB. Kerani kaunter masih perlukan dokumen CP39, disket dan cek. Namun di CIMB boleh terima disket dan cek. Oh ya, lebih mudah buat ayaran terus di CIMB Jalan Hang Tuah kerana jika hantar ke cawangan, ia akan di hantar ke Jalan Hang Tuah untuk diproses.

Ok, katakan anda ada bayaran yang tidak dilunaskan. Kiranya bayaran tertunggak. Anda buat sahaja bayaran seperti biasa di kaunter bank. Bayaran tambahan (penalti, denda, etc) akan diuruskan oleh LHDN dan anda. Yang penting prosedur awal betul.

Selain dari online banking dan kaunter bank, paling mudah bayar sahaja di kaunter LHDN. Bawa cetakan dokumen pengesahan dari aplikasi e-PCB dan pergi ke kaunter bayaran media elektronik di tingkat 1 (Kiri), Cawangan Pungutan KL.

Ok, selesai urusan majikan. Urusan pekerja adalah declare pendapatan guna e-filing. Kalau belum ada akaun, silalah daftar dapatkan digital signature dan sbg. Kalau sudah ada akaun, tetapi terlupa katalaluan, calllah no 1-300-88-3010 dan minta reset password. Tapi jangan suruh orang lain call. Buat perabis kredit je.

Kemudian isi borang online dan submit. Sebelum 30hb April ya. Masih ada 2 hari lagi. :)) Tapi kalau talian tergendala, sendiri faham-fahamlah.

Maka, saya hendak ke CIMB lagi la ni menguruskan apa yang gemuk eh apa yang belum selesai. Letih tapi agaknya inilah cara Allah nak uji kesabaran. Minta sangat nak sabarkan? Layan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s