Set prioriti walaupun prioriti bermakna kurang masa bagimu

Saya masih disini. Ada, tetapi tidak sempat untuk menulis di blog. Seperti biasa, saat-saat seperti ini saya fikir kenapa tidak ada mekanisme apa yang saya fikirkan terus tertaip dan ter’publish’. Tapi bahaya juga, takut apa jadi tidak terkawal. iyalah, apa sahaja yang terlintas akan dipublish bukankah bahaya?

:))

Merepek pula.

Masa semakin hari rasanya semakin pendek. Saya masih belum menyiapkan barangan untuk ke playgroup esok. Entah apa yang dibuatnya. Siang tadi kemas rumah dan overhaul bilik pejabat. Akak yang datang mengemas rumah tak dapat datang lagi sudah sepurnama lamanya. Anaknya perlu menjalani pembedahan, jadi sibuk menguruskan anak dan rumahtangga agaknya.

Jadi semua kerja terbeban sekali lagi ke pundak saya. eh macam tidak biasa pula.

Bila anak sudah balik sibuk uruskan seorang demi seorang. Masa makan yang ini mahu makan, yang lain kenyang pula. Habis sahaja basuh pinggan, yang kenyang tadi sudah lapar jadinya. Aduh, nasib anaknya 3. Kalau 5, 10 tak jadi kerja selepas seorang-seorang pula hendak disuapnya.

Tak perlulah rasanya nak cerita panjang lebar pasal jaga anak. Bak kata orang, anak sendiri, pandai-pandailah jaga. Walaupun jika ikut petua westerners (0rang melayu jarang buat, malu katanya) paling utama adalah dapatkan bantuan selagi boleh. Apa sahaja yang boleh didelegasi maka delegasilah ia.

Saya setuju, cuma ada beberapa perkara memang perlu sentuhan ibu, perlukan sentuhan bapa. Ada perkara ibu pun tak boleh buat, perlu bapa juga dan sebaliknya.

Contohnya ajar anak solat jumaat. Susah juga kalau ibu yang hendak ajar. Hantar ke Masjid bolehlah, tapi perbuatan dan tatacara serta jaga keselamatan anak itu bapa sahaja yang boleh buat kerana takkan pula anak hendak solat bersama jemaah wanita (jika ada).

Jadi seperti tajuk hari ini, set prioriti. Yang mana penting, yang mana boleh dikorbankan. Walaupun perkara yang dikorbankan itu bermaknya akan mengurangkan masa kita sendiri.

Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu diluar sana. Sesungguhnya bila sudah menjadi ibu baru tahu tinggi atau rendahnya langit yang kita junjung ini.

Terima kasih ya Mak, Puan Worsiti Suparto.

One thought on “Set prioriti walaupun prioriti bermakna kurang masa bagimu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s